ads

27 July 2009

FISH N CHIPS

semalam kaknab buat fish n chip untuk keluarga

nilah resepinya untuk dikongsi bersama

2 keping isi ikan (fillet) kaknab guna ikan sebelah
Air perahan limau atau lemon (kaknab guna limau kasturi sebab wangi)
garam
pepper
untuk batter:
1 cawan tepung
1/2 cawan tepung jagung
2 ulas bawang putih
pepper
garam
ais ataupun air sejuk (betul2 sejuk)
sebiji telur
minyak untuk menggoreng
untuk hiasan:
daun salad, tomato, kentang goreng, sos thousand island , sos cili ( apa- apa sos) baked bean

Cara-cara
ikan dibersihkan dan lap sampai kering dengan tuala dapur yg bersih ataupun kertas tisu dapur
perahkan lemon.kemudian masukkan garam dan pepper secukup rasa.gaul ikan dengan rata.perap lebih kurang 15- 30 minit
dalam mangkuk lain, masukkan semua bahan- bahan untuk batter kecuali ais.satukan sebati.masukkan ais seketul demi seketul sampailah menghasilkan batter yg tidak berapa pekat dan tidak berapa cair.lebh kurang macam buat cekodok, cuma cair sikit.boleh salut ikan kira ok lah tuh.( sediakan batter sejuk untuk menghasilkan tepung salut yg rangup.oleh itu batter haruslah disediakan bila dh sedia untuk goreng ikan)
panaskan minyak.ambil ikan yg diperap tadi dan celupkan ke dalam batter tadi.bila minyak dah betul2 panas, gorengkan ikan tadi sampai kekuningan.tidak perlu lama sangat sebab ikan tadi dah separuh masak akibat tindakan asid limau atau lemon tadi.
sedia untuk dihidangkan.untuk hiasan ambil salad, susun atas pinggan.letakkan ikan y telah digoreng ke atasnya.ambil sebiji tomato,buang isi dalamnya dan isikan dengan sos kegemaran anda. Hiasan seperti gambar di atas. Kentang goring, baked bean, salad, tomatom sos cili dan thousand island sos. Satu hidangan yang balance diet.
siap untuk dimakan.selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment