30 September 2012

KETUPAT LAGI

Selepas solat subuh, kaknab terus tanak santan untuk di buat ketupat pulut. tak banyak buat pun, 2 1/2 cawan pulut sahaja, pulut yang baki, selepas buat 3-4 kali lepas raya. kelmarin beli daun palas satu ikt 5 ringgit, kalau 2 1/2 cawan pulut memang lebih banyak lah daun tu nanti, tak kisah lah, buat je wpun sikit, bil dah balut semua dapat lah 26 biji, cukuplah untuk sarapan pagi ni, makan dengan gulai daging. ummmmph itulah favourite kaknab dari dulu lagi, suami orang Johor pun terikut gemar ketupat pulut, dia ni lece sikit, kalau kaknab beli yang dah siiap dimask, dia kurang makan, tak sedap katanya, kalau kaknab buat makan sampai puas.

ketupat pulut



gulai daging
dah potong senang makan
Senang je nak buat ketupat ni, sukat beras, santan ikut sama banyak dengan beras pulut, contohnya, kalau beras 5 cawan santan pekat pun 5 cawan. masak santan, masukkan sedikit garam, masak sampai mendidih, sambil kacau perlahan2, agak2 santan dah pecah minyak sedikit, masukkn beras yang sudah dibasuh, kacau lagi sampai kering santan, biar sejuk kemudian balut. kemudian rebus. masak air hingga mendidih baru masukkan ketupat, seelok2nya masak sampai airnya kering, baru ketupat msak elok dan liat. kaknab selalu rebus dengan ricecooker, mudah je, bila air dah kering periuk nanti otomatik tukar ke warm boleh angkat.senang kan.


Macam mana pula nak balutnya tengok video ni, kaknab sedang balut ketupat






No comments:

Post a Comment

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG