ads

21 September 2012

siput kemudi/baji

Suka tak makan siput baji atau kemudi? Sedaaaap. Ini ialah siput kegemaran kaknab. tapi kata anak2 kaknab, mak ni apa pun sedap hehehe. tolak kayu dengan batu, kalau itu boleh makan mak kata sedap juga. Dulu kecik2 kalau musim angin kuat atau ribut, air pasang, bila air dah surut, pergi saja kat pantai tanjung tokong, banyak siput terdampar kat pantai, kena bawa guni, sebab siput ni besar2 kalau bawa karung kecil tak muat. semua tinggal kenangan, tapi la ni, kalau nak makan kena beli kat market, itu pun jarang2 ada. tadi kaknab p market BM beli sepinggan 11 ekor regenya rm10. dah kopek siap, tak kisah lah, sebab orang yang jual kata depa selam dalam laut untuk mendapatnya. bagi kaknab murah sangat2 lah tu. anak2 kaknab tak berapa suka, kira bonuslah semua kaknab balun sorang hehehe. kaknab goreng saja hari ni, masuk kentang, bawang, cabai merah memang sedap. kalau buat gulai dengan keledek pun sedap juga.

kalau dulu, kulit dia kami buat korek siput remis kat pantai, tapi tak tahan lama cepat patah, jadi bawa banyak lah, patah ambik yang lain pula. kalaulah boleh balik ke zaman kanak2 best kan hehehe


baji belum kopek
isi siput baji
siput baji sudah siap dimasak.

No comments:

Post a Comment