24 September 2012

Surat jadual penerbangan dah dapat

Akhirnya dapat lah surat penerbangan, tadi kaknab p pejabat tabung haji, ambik sendiri, nak tunggu depa hantaq lambat sangat. Kena lapur diri pukul 8.00 pagi 12/10/12 Jumaat, tapi haji Suhaimai pengurus TH BM suruh p malam khamis lepas Isya, tidor di complex tabung haji ada tempat penginapan, sebab pukul 4.00 pagi kena ada kat komplex lapur diri kul 8 pagi. tak kisahlah tidoq pun tidoq lah. dah ada tempat tidoq lagi mudah bagi jemaah. Penerbangan terus Mekah, jadi kami semua kena pakai ihram siap2 dan niat di Qarnul Manazil. Oleh kerana kaknab nak buat Haji Tamatuk, kaknab kena niat umrah.

kaknab ada juga menerima email dari tabung haji tentang surat penerbangan haji, kerana sebelum ini kaknab ada tanya bila jadual penerrbangan, perkhidmatan tabung haji cukup efficient, mereka sentiasa menjawab semua email2 kita dengan cepat. terima kasih kepada Tabung Haji yang memberi perkhidmatan yang cemerlang.




No comments:

Post a Comment

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG