08 November 2014

caj hospital sultan Abdul Halim sungai petani

Entry Sebelum nI kaknab cerita pasal admit wad HSAH sungai petani. Kaknab masuk 3 hari 2 malam. Masa hari pendaftaran, sepatutnya daftar pukul 8.00 pagi, pukul 9.30 pagi baru dapat daftar, pentadbiran kaunter kenanga 4 kelamkabut. punya la lambat, kalau sehari daftar 10 0rang mau 10 jam jawabnya,

dah daftar pula tak ada katil kosong, kena dok kat lobi sampai pukul 2. kaknab tunggu pukul 12.30 tak ada nasi, kaknab pi tanya kat kaunter awat tak dak nasi ka. baru mai hantar, kat lobi tinggal lauk ayam dengan nasi, je, kuah dan sayur pun tak ada, sehari rm60 tau caj wad dont play play.


Hari ni kaknab dah pun discharged tapi kena masuk semula pada 10/11 untuk bedah mata cataract pada 11/11/14.

Jom kita tengok berapa Bill yang dikenakan pada kaknab. Sebenarnya kaknab memang tak kena bayar sebab guna pencen suami tapi bill masih dikeluarkan sebagai DR.

bill caj wad HSAH sungai petani
Soalan kaknab betul kah caj kelas 3, memang hospital ni tak ada kelas 2, kelas 1 dan kelas 3 sahaja. memang bilik kelas tiga pun selesa dan cantik hawadingin lagi macam kelas 1 hospital penang masa kaknab admit tahun 1989. dulu kat hospital penang pun tak ada aircon, kipas je. sehari rm40 untuk bilik 2 katil, caj semasa tak tahu lah pula,

kalau begini caj yang dikenakan bagaimana orang kampung kalau dimasukkan banyak hari dan cos rawatan yang dikenakan. kalau kaknab dok 3 hari, itu tak bedah pun cuma rawatan je, cos rawatan 100 sehari, campur semua sebanyak 480.00 makanan dalam wad xsedap langsung. Kalau admit 10 hari jadi 600, kalau campur cos rawatan jadi 1000 campur semua 1600. kesiannya kalau dikenakan sebanyak ini, mana orang kampung yang tidak pendapatan tetap nak membayar,

Kos rawatannya semasa kaknab di wad. pagi2 doktor akan check mata kita. mata kaknab cuma dicucikan dengan cream sehari 2 kali, ambil tekanan darah tiap2 kali shift masuk kerja sebanyak 2 kali satu shift, itu saja rawatannya, tak ada ubat yang kaknab ambil dalam wad, itu pun 100.

Nasib baik kaknab ada pencen suami. kalau tak kena bayar tak pi lah hospital nampaknya,

entry sebelum ni, ada kaknab masukkan gambar wad cantik dan selesa. cuma kat pendaftaran saja, tak ada staff yang memang dok kat kaunter, kena tunggu lama bangat.

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak