ads

21 September 2019

Oesteoarthritis finger

Usia kaknab 63 tahun. Tidak penyakit kronik macam kencing manis, darah tinggi dll penyakit yang sama waktu dengannya.

Tapi Allah sayang juga kat kaknab Dia bagi juga sakit supaya boleh kurangkan dosa dosa kita. Umur 60 kaknab dapat oesteoarthritis. Baru bermula dari jari tengah kaknab. OA ni tak ada ubat, jadi redho ja la.

Ni jari tengah kaknab
Bulatan merah bengkak


Ni gambar ihsan dari Google.
Jari yang bengkok sedikit di hujung tu sebab tissue yang rosak. Herbeden's node dalam gambar di atas tu sudah rosak menyebabkan is kembang Dan bengkak.

Sakit kah tangan tu. Jawapannya kadang sakit kadang Tak sakit. Kadang tersentuh agak ngilu sedikit, kadang bangun pagi rasa sakit. Kadang tak sakit langsung. Boleh buat kerja macam biasa. Hari tu kaknab cuba mengait crochet. Mula2 ok lama lama kait jari sakit jadi kaknab pun stop mengait.

Kata doktor kalau sakit makan ubat saja. Kaknab pun Ada ambik xray, nak tengok macam Mana serious jari tu. Tak la serious sangat kata doctor. Dalam peringkat awal baru. Nanti kaknab update perkembangan jari kaknab. 

No comments:

Post a Comment