ads

11 September 2019

Kereta proton Tak boleh start

Kelmarin kereta proton saga Tak boleh start.
Mula kereta tu parking dalam porch, suami nak repair bumbung Ada bocor, dia keluarkan kereta parking depan rumah. Dah habis kerja dia nak start kereta nak bawa masuk dalam tiba2 Tak boleh start.

Check battery semua ok. Tak kan  rosak  kut, kereta baru beli  ja tak  sampai dua tahun pun.

Pastu dia call proton service boleh tak datang  rumah check, depa kata kena bawa kereta pi bengkel. Macam mana nak bawa kalau kereta tak boleh start. Dia kata kena on tow lah. Boleh contact insurance yang kita beli untuk towing service.

Kaknab google cari info. Terjumpa lah manteara.blogspot. dia cakap kalau semua ok, Cuba tengok chip Kat kunci kereta mungkin jatuh. Banyak banyak blog, blog dia saja yang mentioned bab chip kunci ni.

Memang benar, bila suami buka kunci dia chip dah kosong. Dah jatuh, Cari Cari memang ada atas meja. Memang Mula dia buka check kunci tu. Chip terjatuh pun Tak sedar. Bila dah pasang balik chip Kat kunci terus boleh start. 

Ribuan terima kasih pada empunya Manteara.blogspot yang kongsi tip yang berguna. Semoga Allah membalas jasa tuan.

Gambar ehsan dari blog manteara.
Terima kasih tuan.

No comments:

Post a Comment