ads

24 November 2009

daging masak hitam nasi kandar


xtau nak masak apa, tengok dalam peti ais ada lagi daging, so masa daging hitam nasi  kandaq lah senang, sepatutnya masakan ni ala kering kering gitu, sebab anak2 kaknab dan husband suka makan kuah banjir so kaknab kenalah buat cair cair sikit.

500 gm daging lembu (dipotong nipis 16 keping)
2 labu bawang besar (dipotong nipis)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintna manis
1 sudu kecil serbuk kas kas
1/2 serbuk sajira
2 cambesar cili mesin
1 pkt kecil rempah daging
1 cam besar air limau
1 cawan kicap pekat (kaknab guna kicap jalen, manis serta masin, xyah boh gula lagi)
bahan kisar/tumis
1 labu bawang besar kisar dan asingkan
*3 ulas bawang putih 
*2 inci halia(*kisar kedua sekali)
2 helai daun pandan potong  di potong 4 inci
kulit kayu manis+bunga lawang 1+bunga cengkih 4+buah pelaga 4
minyak
serai 2 batang di ketuk
daun kari
daun pudina (di sini kaknab guna daun sup sebab pudina xade)

caca penyediaan

rebus daging hingga empuk, simpan air rebusannya.

dalam kuali panaskan minyak, bila minyak panas tumiskan kkm, b/lawang,b/cengkih,buah pelaga, serai, daun pandan dan daun kari.

masukkan hirisan bawang besar goreng hingga kuning dan garing. masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau harum. masukan serbuk jintan manis, jintan putih, sajira dan kas kas, kacau lagi, kemudian masukkan serbuk kari daging, cili mesin, masak hingga pecah minyak, masukkan kicap, daging serta air rebusan daging. masak sehingga kuah agak pekat, masukkan air limau, akhir sekali  tabur di atas bawang goreng dan daun pudina. okay siap, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment