ads

28 November 2009

sup daging

hari ni masak sup daging la pulak, hari hari kari naik muak. sekali sekala tukar lah selera.

bahan bahannya

500 gm daging
halia*
bawang putih* (*tumbuk lumar kedua ni)
10 ulas bawang kecil (dimayang)
1 camteh serbuk jintan putih
1 camteh serbuk jintan manis
1/2 camteh serbuk sajira
1 cambesar serbuk ketumbar
1 camteh serbuk lada hitam
2 biji ubi kentang
air
garam
daun sup daun bawang
minyak
sekuntuk bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
2 inci kulit kayu manis

daging direbus hingga empuk
panaskan minyak, tumiskan bawang kecil yang sudah dimayang hingga kuning, masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat. masak hingga garing,  masukkan daging dengan air rebusan sekali, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, sarjira dan lada hitam. biar hingga mendidih, kemudian masukkan kentang yang dibelah empat, masak hingga kentang empuk khir sekali masukkan daun sup dan bawang. serta bawang goreng. siap untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment