03 November 2009

tapai pulut



semalam pukul 12.00 tengahari buat tapai, hari ni dah boleh makan. manis sekali tapai ni, ragi pula husband kaknab beli kat alor setar pekan rabu, masa dia pi kursus 2 hari kat sana. sebiji ragi rege 50 sen boleh buat 1 1/2 kilo. oleh kerana kaknab xade daun pisang, so kaknab boh dalam mangkok dan dalam tupperware.jom kita tengok macam mana nak buat tapai

1 1/2 kilo beras pulut (rendam semalaman)
1 biji ragi

kukus beras pulut selama 15 minute atau pulut dah masak, kemudian renjis renjis air (kaknab xrenjis, kaknab tuang saja air ke atas pulut) kemudian tutup semula kukus lagi. buka tengok pulut agak agak lembut, kalau keras lagi renjis lagi air. bila dah masak letak dalam talam biar ia sejuk. bila dah sejuk, bubuh ragi, dengan mengguna penapis supaya ia jadi serbuk dan tidak berketul, biar ragi kena pulut sama rata. kemudian bungkus atau bubuh dalam bekas. simpan selama 1-2 hari. kalau ragi yang elok dalam masa 24 jam dah rasa manis boleh dimakan.

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak