ads

17 June 2011

Inchloss BIO essence

nak share sikit dengan kawan kawan yang nak buang lemak lemak kat perut, peha, lengan atau kat mana2 yang rasa banyak lemak. kaknab ada beli Inchloss Bio essense, sales assistant kat Jusco recommend. so balik sapu lah kat perut dan pinggang pagi dan malam, kaknab nak tengok keberkesanan kat perut dulu, sebab kaknab nak kecilkan sikit pinggang, pinggang kaknab 31 inci sebelum guna cream ni, selepas guna selama seminggu memang benar seperti di tulis di pack cream ni iaitu akan turun 1/2 inci selepas 7 hari, memang selepas 7 hari pinggang kaknab tinggal 30 1/2. lemak2 kat perut kaknab rasa kempis sikit perut kaknab. Ini hari yang ke 8 kaknab guna, nanti kaknab update lagi selama 28 hari bila kaknab menggunakannya, dan kaknab nak tengok berapa lama cream ini boleh tahan dengan menggunakan 2 kali sehari. harga nya kaknab beli rm49.00 kalau boleh kurangkan sebanyak 2 inci selama 28 hari dan satu tube boleh tahan sebulan kira okaylah, bukan senang nak turunkan 2 inci kan. apa pun kaknab akan update nanti.

Apa rasa cream ni bila dah sapu kat perut?  mak oi panas hau hau, panasnya boleh rasa selama 2 jam, tapi kaknab dah memang biasa sapu halia dan cuka selama dalam pantang bersalin 5 orang anak, panasnya memang macam yang kaknab sapu halia dan cuka kat perut tu. jadi bagi kaknab panas hau hau tak hairan lah. sap sap soi lah, hahaha tak ada apa punya, janji boleh kurangkan pinggang dan kempiskan perut kaknab. anak kaknab akan bersalin bulan july ni, so kaknab boleh bagi dia guna untuk sapu kat perut, cream ni juga boleh hilangkan stretch mark. dia kata perut dia ada banyak stretch mark atau pecah pecah,  sian dia, tak ikut kaknab, kaknab wpun mengandung 5 orang anak, perut kaknab tak pecah langsung. jenis kulit agaknya.

1 comment:

  1. Salam kak nab...
    mcm mana skarang kak? dah lama rasanya memcuba krim ni kan? kalau ikut logik dah ber inchi2 dah turun ukuran pinggang tu,share sikit kak..he,he..

    ReplyDelete