ads

04 September 2012

lambaian kaabah

Alhamdulillah, semua urusan ke tanah suci banyak yang dah selesai, dah pun inject, dah bagi TH passpot untuk dibuat visa, gelang pengenalan haji (GPH) pun kaknab dah terima. Hari Sabtu dan Ahad ni ada kursus Perdana Haji, di USM, cuma yang tak dapat lagi tarikh dan jadual kapal terbang serta beg, lencana dan lain2, Ini mungkin akan di beri di Kompleks Haji kut.

Persiapan bagi pihak kaknab pun dah beres, semua keperluan di Mekah, sudah pun masuk dalam luggage, sepasang baju lagi masih belum jahit, baju yang nak pakai naik kapal terbang kelak. Penerbangan pertama 17/9/2012 dan terakhir 19/10/2012, mungkin kaknab akan dapat hujung bulan sept atau awal oct kut. harap2 begitulah. kaknab sentiasa berdoa semoga emak kaknab 82 tahun sihat walafiat dan dapat menunaiikan haji dengan sempurna, Haji Mabrur. kaknab adalah pengiringnya. yang paling best sekali, my bff, kawan paling akrab iaitu Puan Rasuna Said, akan berangkat bersama2 kaknab, dia adalah fikah kaknab.

Untuk kemudahan, kaknab menjahit baju labuh dengan seluar, supaya senang, berjalan2  dan bergerak2 kemana2 lebih selesa dan menutup aurat, baju kurung dan jubah, tak bawa sebab pakaian ni dah mencukupi.


gelang pengenalan haji

2 comments:

  1. Selamat berangkat Kak Nab, semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat haji mabrur. Insyaallah

    ReplyDelete
  2. terima kasih zu, insya allah, siapa sangka ye, quota kaknab sepatutnya 2044, tapi dapat mengiringi mak kaknab yang baru je daftar 2012 terus dapat sebab quota warga emas. alhamdulillah semuga semua berjalan lancar.

    ReplyDelete