30 October 2009

sajira

ada kawan2 yang tanya macam mana sajira, kaknab dah post awal dalam label "kalau nak tahu" tajuk rempah ratus. jadi kak nab post sekali lagi serbuk jintan putih, jintan manis, sajira. ada beza kolor, sajira yang paling gelap sekali.

paknjang dan pakcik

semasa pi tanjung tokong pi melawat pak saudara kaknab paknjang mad dan mak njang pah lama juga x jumpa depa, kebetulan semasa sampai di rumah paknjang, pakcik harun iaitu adik paknjang pun ada di sana. paknjang dan pakcik adalah sepupu bapa kaknab,

                                   pak njang Mad



                                       pak cik harun

29 October 2009

HOME STAY IN PENANG


melancung atau berkursus d penang. perlukan penginapan. rumah flat 2 bilik terletak di tanjung tokong dekat dengan pusat membeli metro dan restoran2 makan segera boleh hubungi no ini

0164995944

lawatan sehari ke tanjung tokong

keadaan tanjung tokong, sudah berubah, banyak rumah rumah dah dirobohkan kerana penduduk dah pindah ke rumah transit, masih ada lagi yang xmahu berpindah masih lagi negotiate with uda. rumah mak kaknab dulu di alamat 280E, Jln Shaik Ibrahim pun dah dirobohkan

nilah rumah yang mak kaknab sewa sebelum pindah ke alor setar, tahun 1980, masa tu kaknab belum kahwin lagi oleh kerana kaknab bekerja di penang kaknab tinggal di rumah mak Hindun sehingga kaknab kawin tahun 1983.











rumah yang belum roboh lagi, yang dekat dengan rumah kaknab ialah, rumah, mak bariah pak man, rumah pak yusuf, rumah, mak aisyah setambi yang jual kopi hang tuah, rumah zarina anak mamak apom balik, dan surau yang kaknab mengaji dulu. cuba tengok rumah tanjung tokong dulu dulu memang ada beranda depan, alau dirobohkan memang tidak ada lagi rumah warisan tanjung tokong, generasi baru tidak akan berpeluang melihat rumah lama ini, memang unik, ada beranda dan serambi.





kaknab berjumpa ramai kawan kawan sepermainan kaknab yang berniaga di market tanjung tokong, sempat pula mengambil gambar anak anak pak yusuf ata yang berniaga di situ, ada yang berniaga roti canai, sayur dan barang2 keperluan dapor. kak tijah, kak minah dulu sekali dengan kaknab mengambil upah belah biji janggus dekat rumah cina amonya anak ken swee. kaknab juga mengambil upah menjual kueh cok badak dan pulut udang mak depa iaitu mak yambi. semua hanya tinggal kenangan. kenangan yang mengusik jiwa.

28 October 2009

cantiknya SKTT

hari ni kaknab pi tanjung tokong, di mana kaknab dibesarkan, turun saja dari bas gambar pertama sekali kaknab ambik ialah sekolah kebangsaan tanjung tokong, cantiknya sekolahku, tersergam indah, kalau 40 tahun dulu hanya 2 bangunan rendah di mana satu bangunan, sesi pagi, kelas 4A, 4B, sesi petang, 1A, 1B, satu bilik guru, satu bilik pejabat dan bilik gurubesar, lagi satu bangunan, sesi pagi 5A,5B, 6A,6B, sesi petang, 2A, 2B, 3A, 3B,      


tetapi kini SKTT 4 tingkat, dengan warna yang begitu serlah sekali. IM SO PROUD OF YOU SKTT.

25 October 2009

laksa penang

laksa is my favourite dish, kaknab only cook laksa when kaknab can get fresh fish. yesterday went fishing at Tanjung Piandang, sad to say not many fish been caught. on the way back home saw people sell fish at the road side, kaknab bought fauchn's mackerel or ikan kembong called by the local people. suddenly the thought of laksa entered my mind, once I reach home, without hesitation kaknab cut and boil the fish, called by daughter herny to remove the bones, she grumbling and mumbling bla bla because mak cannot wait for tomorrow, after prepared all the ingredients my laksa gravy ready, but no laksa noodle, nevermind can buy tomorrow morning at the market.. Let us look at the recipe.

1 kilo laksa (kaknab beli yang  siap so cuma rendam 5-10 minutes dengan air panas)

untuk kuahnya
1 kilo ikan kembong (boil and remove the bones) blender or can just mash
10-15 cili kering* (kalau xmau pedas kurangkan)
2 batang serai* (*dimesin sekali) ada orang cuma ketuk saja serai, kaknab lebih suka dimesin sekali dengan cabai kering.
1 camca belacan (sebab kaknab punya belacan dah bakar jadi serbuk)
1 cambesar otak udang atau petis kata orang selatan
air (agak2 kuah untuk 5-6 orang saja)
bunga kantan
daun kesom
garam
2 potong nenas (dihiris nipis nipis) xmau boh xape, kaknab suka boh nanti kuah manis natural
3-4 keping asam keping (kalau nak masam boleh boh lebih, kaknab tidak suka masam sangat)

untuk hiasan di atas
daun salad
daun pudina
nenas dipotong nipis
bawang besar
bunga kantan (dipotong kecil)
timun (di potong kecil2 memanjang)
cili apa atau cili merah

dalam periuk masukkan air, masukkan semua bahan2 untuk kuah masak lama hingga berbau harum.
untuk dihidang, tabur bahan2 untuk hiasan. siap satu mangkuk  laksa is  ready to eat


beautiful scenery ban pecah tanjung piandang

 

23 October 2009

memasak ramai ramai

macam2 ada jamuan raya rumah perkep

pakat dok buat roti jala

jamuan hari raya rumah perkep


antara menu yang dihidangkan



                                    zaidi, cikgu jahit kemas yang mengajar perkep.

meruku

500 gm tepung meruku (babas)
300 gm tepung ubi kayu
200 gm gepung beras
1 camteh penuh serbuk jintan putih
1 camteh penuh serbuk jintan manis
1 camteh penuh biji lemuju
2 cambesar butter
santan ini untuk melembutkan dough (banyak mana ikut kelembutan)
garam
daun curry  (potong kecil kecil) kalau nak mau boh pun boleh

senang je, campurkan semua, kecuali  santan saja, masukkan  sikit sikit sampai jadi dough yang lembut dan boleh ditekan dengan acuan.  okay kathy try tengok ni lah yang mamak bagi kat kaknab. sedap juga meruku ni kaknab pun ada tepung meruku nak buat juga,

22 October 2009

TONGUE TWISTER - JUST FOR FUN

kaknab can still recall some of these twisters. we always say  when we were in secondary school . how abt you pal?

.A skunk sat on a stump.
The stump thought the skunk stunk.
The skunk thought the stump stunk .
What stunk the skunk or the stump?



She sells sea shells on the sea shore;
The shells that she sells are sea shells I'm sure.
So if she sells sea shells on the sea shore,
I'm sure that the shells are sea shore shells.


Betty Botter bought a bit of butter
The butter Betty Botter bought was a bit bitter
And made her batter bitter.
But a bit of better butter makes better batter.
So Betty Botter bought a bit of better butter
Making Betty Botter's bitter batter better.

Red lorry, yellow lorry Red lorry, yellow lorry Red lorry, yellow lorry

I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.

20 October 2009

pola baju kebaya (hadapan)

ada yang tertinggal di bahagian ini, pls take note.

E-J = keliling punggung bahagi 4 + 1" atau 3/4" mengikut kelonggaran yang dikehendaki.

rempah ratus


kebanyakan resepi lauk kaknab, kaknab gunakan sajira dalam masakan, ramai kawan2 yang bertanya macam mana sajira tu, so ini lah gambar sajira. 3 beradik dengan jintan manis dan jintan putih, paling kecil dan gelap sikit daripada jintan putih. harganya pun mahal sekilo rm40 tapi jintan manis dan jintan putih xsampai pun rm10 sekilo. boleh didapati di semua kedai rempah mamak di penang. tempat lain xtau ada ke x

19 October 2009

cerita sekolah tanjung tokong

beberapa tahun yang lalu, kaknab terjumpa dengan kawan sekelas kaknab iaiutu Tan Ee Bian, dia sekelas dengan kaknab dari remove sampai form five. Setahu kaknab dia mengajar di Kelantan, bila jumpa, tanya dia "Ee Bian how are you? you're still teaching in Kelantan?
"no lah, said Ee Bian, "I have come back to penang, n now teaching Sekolah Keb Tanjung Tokong.". dengar dengar saja Tanjung Tokong satu perasaan yang sangat suka, terharu sebab kawan kaknab dah pun mengajar sekolah yang kaknab paling sayang.
kak nab said.
"really Ee Bian, hey you must be a good teacher, because that was my school,"
"hahaha, he laughed, "your schoold mah"
"yes, you dont be so fierce like a tiger,"
suddenly he laughed and laughed, "why, what's so funny?"kaknab asked.
"By coincidence the pupil called me Tan Tiger." Ee Bian said "no lah zainab, Im not that fierce,"

Satu hari lain bebeberapa tahun kemudian terjumpa lagi sekali Tan Ee Bian  dekat rumah kenduri flat tanjungtokong, ex pupil jemput dia.
"Ee Bian are you still teaching tanjung tokong school,'?
"not anymore, Im now teaching Sekolah Batu Feringgi"

Itulah cerita kaknab, kalau dengar saja Sekolah TanjungTokong terlalu suka, kerana dulu kaknab merupakan anak murid kesayangan semua guru guru yang mengajar kaknab dari darjah 1 hingga darjah 6. Sebab tu sekolah itu sentiasa menjadi kebanggaan kaknab. lebih lebih masa kaknab darjah 1A, guru yang mengajar bernama cikgu Sabarudin, entah masih ada kah lah cikgu Sabarudin, teringin sekali kaknab nak berjumpa dengannya. kali terakhir kaknab bertemu dengannya masa tahun 1972, kaknab dalam form 3, Dia bersusah payah dari Ipoh, mai Penang, cari kami murid muridnya, xramai yang dia dapat berjumpa. Guru guru yang lain, cik gu Zaleha, Cik gu Shafiee, Cik gu Ismail Burhan semua sudah kembali. Cik gu Manis, ada juga kaknab berjumpa kalau pi kenduri kat Tanjung Tokong, Cik gu Pawancik Saad, pun kaknab xtahu apa khabar dia, sebab dia tinggal di Air Hitam.

my new hobby



you guys know what is my new hobby, taking photograph. I will snap whatever  things I saw to put in my blog. unfortunately I dont have a good camera just my little sony h/phone, at least better than none. I cook I snap, I sew I snap, my pets I snap, my children and husband call me half past six camerawoman, whatsoever, I enjoy it. Will get one good camera one day,  hope so. I really envy some photographer took beautiful scenery with their sharp snap. here are some for our view.
                                                             
moonset panorama
                                                                      
sun set panorama                                                                   



sun set panorama

18 October 2009

restoran pen mutiara batu maung

tadi tengah hari pi bayan lepas airport hantar anak kaknab herda balik ke shah  alam, on the way nak balik rumah, husband kaknab rasa lapar pula, dia kalau lapar kena makan dan dan, xboleh tidak nanti ketar xboleh bawa kereta, so singgah kat pen mutiara restoran makan nasi. kari kepala ikan



ni ialah kari kepala ikan. sedap juga.

restoran ni terletak kat batu maung, penang                                                                                               

celo celo padang brown penang

semalam pi padang brown atau lebih dikenali padang brom oleh orang tua tua tanjung tokong ekekeke
anak kaknab nak belanja, , kini depa dah kerja, depa pula yang belanja.


17 October 2009

rendang ayam kaknab

esok anak kaknab herda nak balik, dia nak makan nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam sayur lodeh.
untuk resepi kuah kacang dan sayur lodeh kaknab dah bagi di post yang lalu, resepi rendang ayam belum lagi, jum tengok apa yang kita perlu untuk membuat rendang ayam.



1 ekor ayam
rm2 santan segar
penumis 4 sekawan (pelaga, lawang, cengkih, kkmanis)
daun kunyit
kerisek
garam

untuk di mesin bersama
10 biji cabai kering
4 batang serai
lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 cambesar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh sajira

tumiskan penumis 4 sekawan, kemudian masukkan bahan yang sudah dimesin, masak hingga garing dan wangi, masukkan ayam, biar ia mendidih, kemudian masakan santan. biar rendang ini masak hingga kering dengan api yang perlahan akhir sekali masukan daun kunyit. bila rendang sudah kering dan berminyak boleh di hidangkan. makan dengan nasi himpit.

16 October 2009

gambar lama sekolah abangku sekolah tanjung tokong


abangku bernama  Ali berdiri belakang barisan kedua, sudah kembali ke rahmatullah pada 23/4/08. Ini gambar kenangan dia darjah 2 tahun 1959.

14 October 2009

Kita Menuju Ke akhir Zaman

petikan dari blog shukrisalam untuk renungan semua

1.. Solat tidak lagi dihiraukan.
2. Nafsu syaitan bermaharajalela.
3. Yang tidak beriman akan menjadi pemimpin.
4. Terlalu susah hendak membezakan antara yang benar dengan yang salah.
5. Bercakap bohong menjadi-jadi.
6. Membayar zakat dianggap sangat membebankan.
7. Orang-orang beriman akan merasa sedih melihat maksiat berlaku di sekelilingnya, tetapi
mereka tidak berdaya untuk berbuat atau berkata apa-apa.
8. Lelaki akan mengahwini lelaki dan perempuan mengahwini perempuan.
9. Kaum wanita akan menguasai dunia.
10. Anak-anak tidak mendengar perintah orang tua mereka.
11. Sahabat akan melayan sahabat dengan sikap yang tidak jujur.
12. Masjid dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan dan binaan ketika ada manusia yang sedang
bersembahyang di dalamnya.
13. Orang-orang dari sebelah barat akan menguasai umat yang lemah.
14. Manusia akan mencetak al-Quran dengan dakwah emas, tetapi tidak menurut ajarannya.
15. Darah manusia sudah tidak ada harga lagi.
16. Agama tidak mendapat penolong-penolong untuk mempertahankannya.
17. Penyanyi-penyanyi wanita akan bertambah banyak.
18. Orang kaya mengerjakan haji untuk berehat, orang pertengahan mengerjakannya untuk
berniaga dan yang miskin untuk meminta sedekah.

12 October 2009

kueh loyang @ kueh rose

tadi buat kueh loyang. mak oi penat lah berdiri, kejang kaki, tapi xape anak2 dan suamiku suka kueh ni, kaknab punya favourite ni, baru beli acuan dia. acuan yang dulu memang elok lekang. bawa pi rumah mak mertua, terlupa nak bawa balik, nak minta balik segan lah pula memang best acuan tu, yang lagi dua pula bawa pi rumah mak sendiri pun tinggal juga, mak selalu tanya, hang nak ke acuan kueh loyang, cuma kata xpa lah mak pakai lah. yang kaknab baru beli mula mula xlekang langsung ambik masa juga nak tunggu dia lekang, pastu lama lama goreng baru lah dia cantik kueh loyang ku. jom tengok resepinya, Ini ialah resepi original kaknab.

200 gm kelapa mesin  ambil santannya sebanyak 4 cawan
2 cawan gula jangan penuh sangat
2 biji telur
600 gm tepung beras

bancuh tepung campurkan semua bahan bahan di atas sampai tidak berketul dan batter yang xberapa pekat dan xberapa cair. panaskan minyak, letak acuan dalam minyak, biar acuan betul betul panas baru celupkan ke dalam tepung jangan celup sampai tenggelam. goreng hingga kekuningan dan angkat. simpan dalam bekas kedap udara.


BAPA KU SAYANG

BAPA KU SAYANG, SEDANG BERWIRIT AGAKNYA DI ATAS SOFA. SUDAH BERUMUR 90 TAHUN TAPI MASIH SIHAT, CUMA KADANG KADANG DIA TERLUPA, KADANG KADANG PULA TERLEBIH INGAT, KALAU DULU TANYA SAJA SEMUA TARIKH KELAHIRAN KESEMUA ANAK CUCUNYA, BUKAN SIKIT CUCUNYA 25 ORANG, DIA BOLEH INGAT PULA TU, SEMUA DALAM KEPALA NYA, BILA JEMBATAN PULAUPINANG DIBUKA, BILA PROTON SAGA DILANCARKAN, BILA TUN ABDUL RAZAK MATI, SEMUA DIA TAHU. MACAM KOMPUTER, KINI KAKNAB MEWARISINYA, KAKNAB JUGA MEMPUNYAI DAYA INGATAN YANG KUAT. YANG XBEST DIA PEROKOK TEGAR, TAPI KALAU BALIK, KADANG KADANG KAKNAB PULA YANG TOLONG GULUNG ROKOK DAUN UNTUK NYA, BUKAN APA SERONOK USIK DIA. SEBAB KAKNAB BALUT TIDAK SEKEMAS DIA BALUT.TIDAK ADA APA PENYAKIT, MINUM NESCAFE PEKAT DAN AMAT MANIS,SEBAB TU DIA KATA MANIS BAWA PENYAKIT DIA XPERCAYA, MEROKOK MERBAHAYA PUN DIA XPERCAYA.  SEMOGA BAPA DALAM KEADAAN SIHAT SELALU.

IBU KU SAYANG

IBU KU YANG AMAT DISAYANGI. DAH PUN 80 TAHUN MASIH SIHAT. TENGOKLAH MUKANYA PUN TIDAK DIMAKAN USIA,DIA SEORANG YANG PENYABAR, TIDAK PERNAH MARAH, SENTIASA SENYUM  DISENANGAI SEMUA ANAK MENANTU DAN CUCU CUCU. DOA KU SEMOGA IBU SENTIASA SIHAT SELALU. AMIN

09 October 2009

kueh bangkit asli

kueh bangkit adalah kueh traditional kegemaran kaknab, oleh kerana tahun ni mak kaknab xbuat, dia pun dah xlarat lagi, umur dah 80 tahun, berehat lah, kaknab pesan jangan buat kueh apa pun, kalau xpesan memang dia buat, kueh bangkit lah, putu kacanglah, kueh siput lah. hari raya hari tu kaknab pula sibuk menjahit, xsempat xbuat kueh ni, so hari ni kaknab buat saja try, buat sikit saja, itu pun dapat 100 biji lebih.



kueh stand by untuk dibakar




kueh bangkit dah siap dibakar.

mai kite tengok resepinya.

1 mangkok tepung ubi kayu
1/2 mangkuk gula halus
1/4 mangkuk tepung gandum
santan pekat (untuk membasahkan tepung ketika menguli)
2 biji telur (kalau telur A sebiji dah cukup)
sedikit esen vanilla

tepung gandum dan tepung ubi kayu digoreng sekali di atas api perlahan hingga kekuningan. sejukkan
bila dah sejuk masukkan gula sebatikan. kemudian masukkan telur yang dipukul dicampur dengan esen vanilla. kamudian masukkan santan sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut. canai dan tekan kemudian bakar dengan api 200 degree c. selama 15 minit.

kampung tanjung tokong, penang menjadi kenangan

Kaknab di besarkan di Tanjung Tokong, Penang, segala kenangan kenangan manis semasa kecil diTtanjung Tokong xdapat dilupakan hingga sekarang. kalau pi jalan jalan ke Tanjung Tokong kaknab ni macam semut, semut kan jumpa kawan kawan nanti bersalam, begitulah kaknab jumpa siapa pun mesti bertegur sapa, sebab kaknab ni peramah, boleh dikatankan 90% penduduk asal tanjung tokong semua kaknab kenal, sebab kaknab dulu  kecik2 jual kueh, jadi, semua lorong kampung kaknab masuk. bahkan kaknab boleh ingat ini rumah siapa, itu rumah siapa, walaupun rumah sudah tiada lagi sebab dah buat apartment, flat dan kondo.


Ini ialah bangunan Kelab SetiaTanjung Tokong, kelab ini ialah tempat orang ramai menonton tv pada tahun 1964... sebelum rumah masing  masing membeli tv. anak panah panjang yang dekat tingkap itulah tv diletakkan. tv sebesar 24" untuk ditonton semua penduduk Tanjung Tokong, masa tu hanya sorang dua saja yang ada tv dirumah. kami akan hampar tikar dan duduk di padang hadapan kelab itu. selalunya, hanya gambar melayu saja dibuka untuk tontonan umum, kadang kadang gambar tamil, sivaji, mgr pun di buka juga. kaknab masih ingat lagi, gambar melayu dulu ditayangkan hari rabu pukul 9 malam. 8.30 penuhlah di padang, yang datang awal akan hampar tikar di hadapan, yang lambat akan ke belakang sikit. . masa tu selepas berita melayu, selalu dibacakan oleh Zainal Fitri, pukul 9.00 baru start gambar melayu, Pak Mad Sandun akan buka kerna dia in charge, kalau dia lambat datang ada yang pergi menurutinya di rumah. hahahaha, xsenang duduk Pakmad ni.  kadang kadang ada pula van dari JabatanPpenerangan datang menayangkan wayang gambar di padang kelab ini, apabila orang ramai datang untuk menonton wayang jabatan penerangan akan menghebahkan apa apa issue yang penting untuk pengetahuan umum. masa tu lah kaknab pun xketinggalan dengan kawan kawan menjual tebulah, menjual kacang kuda lah. cari duit.
memang seronok, kanak kanak sekarang tidak merasa itu semua.
oh ya, di kelab ini jugalah kaknab belajar menaip  masa tu kaknab form 3 tahun 1972. yuran dikenakan cuma rm5 saja. seminggu 3 kali. 1 jam tiap tiap sesi kelas, tapi kaknab dengan kawan kaknab Faridah, sekarang kerja kat jabatan pendaftaran negara, akan belajar sampai 3 -4 jam, sebab ada mesin taip yang kosong, lagipun rumah kami dekat saja dengan kelab.

di Tanjung Tokong rumah pertama yang membeli tv pada tahun 1963, rumah mak Iti, iaitu rumah Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk bandar kuala lumpur, masa tu semua budak budak pakat terpa pi rumah dia, sampai pecah pasu bunga mak Iti, kaknab pun xketinggalan abang kaknab bawa pi sama tengok masa tu kaknab kecik lagi darjah 1. balik cerita kat mak kaknab, kami tengok radio ada gambar hahahaha, xtau apa masa tu. geli hati kalau diingatkan.

semua itu tinggal kenangan, tapak   rumah pertama yang mak kaknab sewa pun kini dah jadi pangsapuri,rumah sewa yang kedua pula, sebab rumah pertama tuan rumah jual, dah diruntuhkan untuk pembangunan. Wpun  kaknab tidak tinggal lagi di tanjong tokong, itulah tempat yang pertama ingin kaknab lawati selalu, berjumpa kawan kawan sepermainan, ada yang dah beranak cucu, ada yang masih belum kahwin walapun sebaya kaknab.

Kini TanjungTokong menjadi issue, penduduk2nya takut akan terjadi macam kg buah pala, mereka mahu Tanjong Tokong dijadikan Kg Warisan kerana Tanjong Tokong merupakan kampong yang tertua di Pulau Pinang.

08 October 2009

kek


malam tadi, pukul 1.00 pagi mata entah kenapa xleh lena, maybe minum kopi kut, so pi dapur buat kek. buat kek plain saje, tepung kek dah abis, so guna tepung gandum biasa saja.

350 gm tepung gandum
250 gm butter
220 gm gula (kalau nak manis guna 250 gm)
3 sudu besar susu cair
1 camcabesar baking powder
1 cam teh bic soda
telor 6 biji
esense vanilla

ayak tepung dengan baking powder dan bic of soda, sebanyak 3 kali, ketepikan pukul butter dan gula hingga creamy and fluffy. masukkan telor sebiji demi sebiji pukul lagi. bila dah betul betul creamy baru masukkan susu, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. sampai adunan sebati. bakar selama 40 minute

07 October 2009

kecik kecik dah pandai posing


kecik kecik dah pandai pose. ni zara, cucu kawan kaknab kat berek ni, umur baru setahun tapi kalau pasal nak ambil gambar terus tersengih.

PETUA RAMBUT GUGUR

Rambut adalah mahkota bagi seorang wanita. Masalah kelumumur dan masalah rambut gugur adalah satu igauan ngeri bagi semua wanita.

Untuk mengatasi masalah ini, banyak petua yang boleh diamalkan. Antara petua yang popular adalah dengan menggunakan santan kelapa. Caranya adalah, ambil pati santan dan lumurkan di atas kepala. Balut dengan tuala yang bersih. Sebaiknya biarkan pati santan itu semalam di atas kepala. Amalkan petua ini seminggu sekali. Selain elok untuk mengatasi masalah rambut gugur ia juga amat sesuai untuk melebatkan rambut.

Antara petua yang baik untuk mengelakkan rambut gugur adalah dengan meletakkan daun bunga raya yang telah diramas. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.

langsir lagi




ni langsir yang kaknab jahit untuk customer, tapi gambar dia xcantiklah sebab rumah kami ni ada tembok lampu lindung tembok tu, jadi gelap, bila adjust punya adjust light dia jadi lagi xelok tapi bolehlah nak cuci mata.

06 October 2009

BAHU BAJU KURUNG

masih ramai kawan kawan yang hantar msg kat kaknab sebab xfaham apa yang dikatakan turun kan 1 inci atau 1 1/2 inci bahu baju kurung. di sini kaknab tunjuk gambar lebih clear.


ini baju kaknab sendiri, oleh kerana bahu kaknab jatuh banyak
kaknab turunkan 1 1/2"
 

 


kalau potong bahu begini memang sedap dipakai apa tah lagi yang badan langsing mangsing lagi cantik.
selamat mencuba. terima kasih

05 October 2009

carta ukuran badan

di sini kaknab tunjukkan carta ukaran badan lebih mudah cepat


14" = lebar bahu
9"  = dari leher ke bucu dada
15" = dari leher ke pinggang
32" = keliling dada
26" = keliling pinggang
36" = keliling punggung
38"= labuh baju
38" - labuh kain
21" = panjang lengan
13" = lebar lengan

cepat dan mudah, xyah dok tulis panjang panjang. 

04 October 2009

mempelam cukanan


ROTI JALA


pagi ni bersarapan roti jala, tiba tiba je kaknab terpikir nak buat roti jala, so masuk dapur terus buat, husband kata buat apa lah buat kueh yang payah payah ni, buat yang mudah mudah je lah. kalau dah teringin nak makan bukan kisah sangat payah ke mudah kan.

300 gm tepung
1 biji telur
2 camca santan
garam
pandan paste
air

bancuh tepung, telur, santan garam dan pandan paste dengan air, sampai sebati dan tidak berketul. kemudian kirai dengan acuan roti jala dan lipat ikut suka. makan dengan gulai daging atau ayam.

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG