09 October 2009

kueh bangkit asli

kueh bangkit adalah kueh traditional kegemaran kaknab, oleh kerana tahun ni mak kaknab xbuat, dia pun dah xlarat lagi, umur dah 80 tahun, berehat lah, kaknab pesan jangan buat kueh apa pun, kalau xpesan memang dia buat, kueh bangkit lah, putu kacanglah, kueh siput lah. hari raya hari tu kaknab pula sibuk menjahit, xsempat xbuat kueh ni, so hari ni kaknab buat saja try, buat sikit saja, itu pun dapat 100 biji lebih.



kueh stand by untuk dibakar




kueh bangkit dah siap dibakar.

mai kite tengok resepinya.

1 mangkok tepung ubi kayu
1/2 mangkuk gula halus
1/4 mangkuk tepung gandum
santan pekat (untuk membasahkan tepung ketika menguli)
2 biji telur (kalau telur A sebiji dah cukup)
sedikit esen vanilla

tepung gandum dan tepung ubi kayu digoreng sekali di atas api perlahan hingga kekuningan. sejukkan
bila dah sejuk masukkan gula sebatikan. kemudian masukkan telur yang dipukul dicampur dengan esen vanilla. kamudian masukkan santan sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut. canai dan tekan kemudian bakar dengan api 200 degree c. selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak