ads

09 October 2009

kampung tanjung tokong, penang menjadi kenangan

Kaknab di besarkan di Tanjung Tokong, Penang, segala kenangan kenangan manis semasa kecil diTtanjung Tokong xdapat dilupakan hingga sekarang. kalau pi jalan jalan ke Tanjung Tokong kaknab ni macam semut, semut kan jumpa kawan kawan nanti bersalam, begitulah kaknab jumpa siapa pun mesti bertegur sapa, sebab kaknab ni peramah, boleh dikatankan 90% penduduk asal tanjung tokong semua kaknab kenal, sebab kaknab dulu  kecik2 jual kueh, jadi, semua lorong kampung kaknab masuk. bahkan kaknab boleh ingat ini rumah siapa, itu rumah siapa, walaupun rumah sudah tiada lagi sebab dah buat apartment, flat dan kondo.


Ini ialah bangunan Kelab SetiaTanjung Tokong, kelab ini ialah tempat orang ramai menonton tv pada tahun 1964... sebelum rumah masing  masing membeli tv. anak panah panjang yang dekat tingkap itulah tv diletakkan. tv sebesar 24" untuk ditonton semua penduduk Tanjung Tokong, masa tu hanya sorang dua saja yang ada tv dirumah. kami akan hampar tikar dan duduk di padang hadapan kelab itu. selalunya, hanya gambar melayu saja dibuka untuk tontonan umum, kadang kadang gambar tamil, sivaji, mgr pun di buka juga. kaknab masih ingat lagi, gambar melayu dulu ditayangkan hari rabu pukul 9 malam. 8.30 penuhlah di padang, yang datang awal akan hampar tikar di hadapan, yang lambat akan ke belakang sikit. . masa tu selepas berita melayu, selalu dibacakan oleh Zainal Fitri, pukul 9.00 baru start gambar melayu, Pak Mad Sandun akan buka kerna dia in charge, kalau dia lambat datang ada yang pergi menurutinya di rumah. hahahaha, xsenang duduk Pakmad ni.  kadang kadang ada pula van dari JabatanPpenerangan datang menayangkan wayang gambar di padang kelab ini, apabila orang ramai datang untuk menonton wayang jabatan penerangan akan menghebahkan apa apa issue yang penting untuk pengetahuan umum. masa tu lah kaknab pun xketinggalan dengan kawan kawan menjual tebulah, menjual kacang kuda lah. cari duit.
memang seronok, kanak kanak sekarang tidak merasa itu semua.
oh ya, di kelab ini jugalah kaknab belajar menaip  masa tu kaknab form 3 tahun 1972. yuran dikenakan cuma rm5 saja. seminggu 3 kali. 1 jam tiap tiap sesi kelas, tapi kaknab dengan kawan kaknab Faridah, sekarang kerja kat jabatan pendaftaran negara, akan belajar sampai 3 -4 jam, sebab ada mesin taip yang kosong, lagipun rumah kami dekat saja dengan kelab.

di Tanjung Tokong rumah pertama yang membeli tv pada tahun 1963, rumah mak Iti, iaitu rumah Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk bandar kuala lumpur, masa tu semua budak budak pakat terpa pi rumah dia, sampai pecah pasu bunga mak Iti, kaknab pun xketinggalan abang kaknab bawa pi sama tengok masa tu kaknab kecik lagi darjah 1. balik cerita kat mak kaknab, kami tengok radio ada gambar hahahaha, xtau apa masa tu. geli hati kalau diingatkan.

semua itu tinggal kenangan, tapak   rumah pertama yang mak kaknab sewa pun kini dah jadi pangsapuri,rumah sewa yang kedua pula, sebab rumah pertama tuan rumah jual, dah diruntuhkan untuk pembangunan. Wpun  kaknab tidak tinggal lagi di tanjong tokong, itulah tempat yang pertama ingin kaknab lawati selalu, berjumpa kawan kawan sepermainan, ada yang dah beranak cucu, ada yang masih belum kahwin walapun sebaya kaknab.

Kini TanjungTokong menjadi issue, penduduk2nya takut akan terjadi macam kg buah pala, mereka mahu Tanjong Tokong dijadikan Kg Warisan kerana Tanjong Tokong merupakan kampong yang tertua di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment