ads

21 January 2013

SUP IKAN HARUAN

Assalamualaikum semua, apa khabar, sihat ke hari ni, semoga semua dirahamati Allah hendaknya. Amin

 2 ekor ikan haruan yang kaknab pancing masih belum masak lagi, jadi kaknab buat sup lah sebab tak berapa besar ikan ni, jadi kalau buat sup kelazatan dan khasiat ikan haruan tidak hilang.
ikan haruan, 4 ulas bawang putih, 2 batang serai diketuk , 1 camca teh serbuk lada, 1 inci halia, garam
air, daun sup dan  minyak untuk menumis
 caranya. - bawang putih dan halia di tumbuk, panaskan minyak tumiskan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk tadi, kemudian masukan serai, biar ia garing dan wangi, masukkan 1 mangkok air, serbuk lada dan garam, biar ia mendidih baru masukkan ikan haruan, akhir sekali masukkan daun sup. siap sup ikan haruan, boleh dihidangkan panas2.

1 comment:

  1. Assalam...singgah d mlm hari kejap d cini..trima kasih singgah d umah akak hari tu...baru nmpak message d blog . akak jarang br blog . Byk berfb..kerana lebih mudah . Akak sering gak menghantar kek d IPD tu.Salam pekenalan dr akak ya... :)

    ReplyDelete