apa apa je lah, ada yang panggil kueh kosui, ada yang panggil kueh lompang, kaknab memang panggil kueh kosui, semalam pi market beli acuan mangkuk kecik kecik comel ni lah buat kueh kosui ni. my favourite
bahan bahannya
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
3 camca gula halus
3 cambesar air kapur
sedikit garam
kelapa
masak gula merah dengan gula putih dengan 5 1/2 air sampai gula hancur, sejukkan. dah sejuk bancuh dengan tepung beras dan tepung ubi kayu, biar ia sebati dan tidak berketul ,masukkan air kapur, kemudian panaskan acuan, bila dah panas tuang bancuhan tepung tadi kukus selama 10 minit . dah siap, hidang dengan kelapa.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
26 December 2009
25 December 2009
roti canai
dalca sayur
pagi ni bersarapan roti canai, kalau nak beli mau 10 biji.so kaknab buat setengah kilo tepung saja dapat lah 11 biji., makand dengan dalca sayur, sebab dalam peti ais xada apa, daging/ayam xade so buat dalca sayur je, masukkan cube ayam, jadi lah rasa lah ayam hehehe.
bahan bahannya
500 gm tepung gandum
3 cambesar susu pekat manis
1 cambesar margarine atau butter
sedikit garam
air
1 biji telur
margarine secukupnya untuk menyalut douh yang sudah dibulatkan
cara caranya
1. campurkan semua bahan di atas kecuali air, biar semua bahan sebati, kemudian masukkan air secukupnya uli hingga jadi douh yang lembut, bila dah jadi doh, uli 5 minit rehat 10 minit, ulang proses ini sebanyak 3 kali. kaknab guna timer handphone, senang, bunyi je, uli, hahahaha. lawak betui. bila dah selesai proses uli 3 kali itu, buat bulat amggaram 80 grm gitu, salut dengan margarine simpan lebih 3 jam atau lebih, kaknab simpan agak lama juga sebab uli pukul 11 malam pagi baru buat. tebarkan douh bulat tadi buat seperti gambar pertama, simpan dulu 10 minit, apabila hendak memasak baru lah tekan supaya nipis dengan tangan dan masak di atas api yang perlahan hingga kekuningan
24 December 2009
kueh pau inti kelapa
hari ni pula kaknab buat kueh pau inti kelapa untuk sarapan pagi. kueh pau kaknab ada yang elok ada yang kerememot, bila dah masak kaknab buka je tudung periuk kukus tu terus dia keremot macam ni
pas tu kaknab ada satu idea, bila dah masak kaknab tutup api, xbuka lagi tudung periuk, kaknab biar ia di atas loyang pengukus lepas tu baru kaknab angkat. baru lah dia elok macam ni
sebab jarang jarang buat kueh ni, xberapa pakar, nanti kena buat selalu baru lah terer sikit hehehehe

bahulu rendang @ cucuq kembung
semalam kaknab buat bahulu rendang. pernah x dengar atau makan kueh ni, ada panggil cucuq kembung, orang tanjung tokong panggil bahulu rendang, dulu masa kaknab kecik kecik jual kueh ni, masa jaja pun sebut bahulu rendang, ini ialah kueh kegemaran anak anak kaknab masa depa kecik kecik dulu. kaknab pun lama dah xbuat.kueh ni simple je buatnya.
bahan bahan nya
500 gm tepung gandum
1 cawan gula
2 cambesar margarine atau minyak jagung
1 biji telur
3/4camca besar bicarbonate soda
1/2 cam teh baking powder
air secukupnya.
ayak tepung dengan soda dan baking powder. dalam mangkuk lain, pukul gula margarin dan telur sampai kembang, masukkan adunan telur ke dalam tepung, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut. biar sekejap selama 30 minit, kemudian canai agak2 1/2 nipis, potong ikut suka, kemudian goreng dalam minyak yang penuh, ia akan mengelembung, macam gambar di atas

21 December 2009
roti inti apple
hari ni buat roti inti apple, resepi ni kaknab ambik dari blog mat gebu, terima kasih mat, walaupun roti kaknab xsecantik yang mat buat, tapi rasa memang sodap, lembut gitu. terima kasih mat kerna kongsi resepi. roti ni bolehlah kaknab buat untuk berbuka puasa, kaknab posa sunat hari ni.
resepi boleh ambik di sini http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/roti-inti-epal.html
resepi boleh ambik di sini http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/roti-inti-epal.html
20 December 2009
kari kepala ikan
jam baru pukul 9.30 pagi, tapi dah siap masak kari kepala ikan untuk makan tengah hari, pulun masak awal sebab nak jait, kejap lagi pukul 10.00 baru masuk pejabat hahahaha, bapa dan mak kaknab ada kat sini, sebab bapa sakit xboleh bangun selepas jatuh sebulan yang lalu, sian dia, umur dah 90 sebab xade penyakit lain, mungkin itu penyebab untuk jatuh sakit, xboleh berjalan, tapi pinggang xpatah, so kaknab dok ajar dia jalan perlahan perlahan tapi kena pimpin dia, manalah tau boleh baik dan jalan seperti biasa mudah2an insyallah.
hari ni hari ahad ada yang masih berehat di atas katil, maklumlah cuti. tapi pejabat kaknab xtentu masa, kadang orang rehat kita kerja, orang kerja kita rehat, time sendiri. I'm the boss, hehehe. ni luangkan masa sekejab kat pc ni, addict, mana boleh xsurf internet, kalau xpegang keyboard ni xsah lah.

19 December 2009
kek pisang lagi
baru je buat kek pisang, tadi pi jusco beli pisang montel, tiba tiba teringat nak buat kek, yang paling senang dan cepat kek pisang lah hehehe. ni lah kek pisang ku.
kek pisang ni memang paling mudah kalau xcaya tengok ni.
2 cawan tepung
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
2 biji pisang montel (kalau pisang emas 6 biji)
1 camteh baking powder
1 camteh bicarbonate soda
essence vanilla
3 biji telur
tepung, bikabornate soda dan baking powder di ayak sebanyak 3 kali. dalam mangkuk lain masukkan gula, telur dan minyak di pukul hingga kembang, masukkan pisang, essence vanilla, kacau lagi, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau hingga semua sebati dan bakar 190 deg selama 45 minit.

17 December 2009
nasi briani penang dan kari ayam kapitan
nasi gambar dekat
hari ni masak special sikit untuk anak2 dan suami, tapi sayang 2 orang anakku jauh sikit sorang kat spetani, sorang lagi kat shah alam, huhuhu xapelah nanti lain kali mak masak lagi naaaa
nasi briani ni lauknya masak ayam kari kapitan
untuk di mesin sekali
15 biji cili merah
1 cam teh serbuk jintan manis
1 cam teh serbuk jintan putih
1/2 camteh serbuk sajira
1 inci halia
4 batang serai (dipotong nipis)
5-6 biji buah keras (ditumbuk dulu)
5-6 badam (ditumbuk dulu)
10 biji gajus (ditumbuk dulu)
15 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 biji tomato
ayam 1 ekor potong ikut suka
2 cawan santan
garam secukup rasa
minyak
4 sekawan (lawang cengkih, kkmanis, buah pelaga)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
sehelai daun pandan
daun pudina
bawang goreng
caranya:.
1) panaskan minyak tumiskan daun pandan, bawang besar, hingga kuning, masukkan penumis 4 sekawan, biar garing dan wangi, masukkan daun pudina
2) masuk rempah2 yang dimesin tadi, masak hingga garing dan wangi, masukkan ayam, kacau selama 10 minit, kemudian masukkan santan, garam secukup rasa. bila ayam betul2 empuk dan lembut baru angkat.
muffin kelapa
selalu buat muffin guna tepung premix, iaitu tepung yang dah dicampur,kita cuma masukkan telur dan minyak je, so hari ni try buat adunan sendiri, main try try kalau jadi best, kalau xjadi bagi kat cikpah(tong sampah) je, bila dah siap, amboi merekah eloklah muffin kaknab, kira okay lah kalau nak buat jual pun xbanyak modal, kalau beli tepung muffin premix agak mahal juga.
bahan bahannya:
200 gm tepung naik sendiri
200 gm tepung gandum
250 ml minyak jagung
250 gm gula halus
1/2 sudu teh garam halus
2 cambesar susu tepung (campurkan dengan 6 camca air)
25 gm dessicated coconut
essence vanilla
5 biji telur
cara caranya: - telur, gula dan minyak dipukul hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, garam, pukul lagi, kelapa kering, masukkan susu tepung, kacau hingga adunan licin. kemudian pipe kan ke dalam acuan, jangan bubuh penuh sangat agak agak 3/4 penuh je, bakar dengan api 190 selama 25 minit.
15 December 2009
roti bun kaya pandan
teringat nak buat roti pula hari ni, untuk makan petang, pi dapur tengok tepung roti ada lagi 300 gm saja lagi, bolehlah tu kalau buat roti bun dapat lah 10 biji, bila dah siap dapat 11biji. anak anak makan tinggal lagi 3 biji bolehlah simpan untuk suami bila dia pulang dari kerja nanti. resepi ni kaknab ambik dari blog mat gebu, sebab ambik dari mat gebu,roti memang gebu for sure. hehehe, mat masukkan santan, tapi kaknab xdak santan so kaknab xmasuklah. terima kasih mat kerana kongsi resepi ni.
300 gm tepung roti
50 gm gula halus
6 gm instant yeast
1 camteh susu tepung
1 biji telur
3/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener (yang ni mat xboh saja kaknab boh)
sedikit garam
30 gm butter
air sejuk secukupnya.
pandan paste
kaknab buat roti senang je, campurkan semuanya, kemudian masukkan kedalam mixer guna mixer roti, campurkan air sedikit demi sedikit takut nanti terlebih air jadi lembik pula, biar dia pusing sampai jadi doh yang lembut.. simpan selama 45 minit, bila dah naik tumbuk tumbukan doh untuk buang angin, kemudian uli sekejap dan bulatkan agak2 seberat 35 gm, bubuh sekaya tutup elok2 seperti buat kueh pau, letak ke dalam loyang, sapukan sedikit air ke atas roti taburkan dessicted coconut, tunggu 45 minit, bila dah naik bakar dengan api 190c selama 2 minit.
13 December 2009
capati
pagi ni bersarapan dengan capati, dengan gulai ayam, kaknab xade lah pandai buat capati, selalu dok buat keras entah kenapa, so hari ni try lagi, buat macam tu, lembut lah juga , kira okay lah untuk kita yang jarang jarang buat, sebab bukan makanan kita, sekali sekala bolehlah.
250 gm tepung atta
2 cambesar margarine atau minyak sapi
air suam
sedikit garam
gaul tepung atta dengan margarine, masukkan garam dan air, uli hingga jadi doh, perap tutup dengan kain basah selama 30 minit, kemudian bulat bulatkan canai dan masak dengan non stick kuali, alih alihkan sekali sekala, pedap pedap dengan tuala bagi dia mengelembung sikit. okay siap
12 December 2009
kueh samperit
kueh samperit ialah kueh lama, kaknab mula mula buat kueh ni masa kaknab tingkatan 2 lagi tahun 1971. dulu kalau buat kueh ni memang kelas lah, masa tu kueh samperit adalah kueh yang terbaru, dulu dulu kecik kecik dah kena masak, jadi kaknab masa darjah 6 dah pandai buat kueh pau, mak kaknab buat kueh jual, jadi banyak jenis kueh yang kaknab tahu sebab tengok mak buat. budak budak la ni, dapur pun malas nak masuk, tapi anak2 kaknab xmacam tu memang dah dilatih masuk ke dapur, anak kaknab yang kedua herdawati memang rajin masak memasak, yang lagi satu pula keje dia goreng ikan buat sayur, yang lain, dia xnak buat takut xsedap, tapi at least kena juga buat kerja dapur, sebab itu kan kerja orang pompuan. ini ialah resepi kueh samperit yang selalu kaknab buat, simple tapi nice.
1 cawan tepung gandum
tepung jagung (ikut kelembutan doh, masukkan sampai doh lembut)
250 gm butter
180 gm gula
buah cherry
6 biji telur kuning
essence vanilla
pukul telur dengan butter hingga putih, masukkan tepung gandum, kacau lagi, masukkan tepung jagung, secukupnya hingga adunan boleh jadi doh yang lembut, jadi tepung jagung, kaknab xade sukatan boh saja ikut takat mana dia lembut. doh jangan keras nanti bila nak tekan, lama lama adunan ni nanti sedikit keras memang susah nak tekan. bila dah siap tekan dengan acuan bunga cina hias dengan cherry dan bakar.
jangan guna baking powder nanti dia kembang hilang kelopak bunga. lagi satu gula jangan lebih, nanti rongga di bawah.
bun raisin
salam semua, kaknab ni memang xberapa pandai buat roti, inilah kali kedua kaknab buat roti bun, kali pertama, keras penyet, kaknab ingat xyah uli teruk teruk sebab dah ada yeast, uli sekejap sampai adunan sebati peram sekejap pastu bakar, haa ambik habuan hang roti xnaik hahaha. so malam ni buat lagi sekali bun raisin atau bun kismis, tadi pi beli tepung roti, bread improver, bread softener, tengok cam mana roti kaknab malam ni. suspense, ni ialah gambar roti yang di perap sekejap belum bakar lagi
roti dah di bakar, amboi naik melembong
jom tengok resepi
700 gm tepung roti
100 gula halus
11 gm instant yeast
sedikit garam
sebiji telur
70 gm butter atau minyak jagung
35 ml susu cair
1/2 camteh bread imrover
1/2 camteh bread softener
air 350 ml - tuang sikit sikit dulu takut terlajak nanti lembik
1. gaulkan yeast dengan tepung, kemudian, masukkan gula, telor, garam, susu cair bread improver dansoftener, masukkan air sedikit demi sedikit uli hingga kental,
2. masukkan butter uli lagi biar adunan betul betul lembut, uli selama 15 minit, kemudian perap dalam mangkuk dengan menutup dengan tuala basah selama 20 minit. bila dah naik, tumbuk tumbuk bagi angin keluar, kemudian bulat kan seberat 60 gm, atus ke dalam loyang, simpan dulu selama 20 minit -3 0 minit biar bola bola tu double size, kemudian bakar api 190c selama 10=15 atau kekuningan. siap boleh makan
11 December 2009
BENGKANG GANDUNM @ KUEH BAKAR
orang penang panggil bengkang gandum tapi orang selatan panggil kueh bakar, ini ada cerita tentang kueh ni, masa kaknab mula mula kahwin dulu, balik rumah mil, dia cakap "nab nanti kita buat kueh bakar". dalam hati kaknab dok ingat kueh bangkit, so pi cakap kat husband mak nak buat kueh bangkit, dia kata, betul ke, tahu ke dia buat, kaknab kata mestilah dia tahu sebab tu dia nak buat. so kaknab pun tengok dia bancuh tepung, eh, awat tepung dia cair pula, mak kaknab buat kueh bangkit lain, bila dah siap dia pun bakar, oooh rupanya bengkang gandum, mati mati aku ingat kueh bangkit. hehehe
ni lah bengkang kaknab.dah siap dibakar
ni lah bengkang kaknab.dah siap dibakar
di potong untuk hidangan
resepi dia simple sangat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurang kau xmau manis sangat)
2 cawan santan
1 cawan air daun pandan
sedikit garam
2 biji telur
bancuh semua bahan di atas, kaknab blend saja semua, tapis dan terus bakar. dengan menggunakan periuk bengkang dengan api yang perlahan, selama 1 jam 20 minit. api jangan kuat sangat nanti cepat hangit dan berkerak.
10 December 2009
bahulu oh bahulu
bahulu dalam oven
dulu dulu kalau buat bahulu secara traditional iaitu bakar dengan api atas bawah memang sedap hingga xterkata, bakar dengan oven moden kaknab xpernah buat lagi, so semalam trylah bakar dengan oven, punya lah troublesome, apa taknya, masuk dulu acuan, bagi panas, keluar kan pula nak bubuh tepung, kemudian masukkan balik, kalau bakar api atas bawah, angkat je yang atas tu bubuh tepung tutup balik, bila dah masak keluarkan pula acuan tu, cungkil bahulu leceh leceh, kebetulan acuan yang kaknab kenit kenit konon nak bagi cute, punyalah lambat, ni lah bahulu yang dah dibakar tu
bahan bahannya
5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 cawan gula
2 cawan tepung
essence vanilla
1/4 sudu teh baking powder
caranya - panaskan oven, masukkan acuan kedalam oven supaya panas. pukul telur putih dengan baking powder hingga putih, masukkan kuning telur sibiji demi sebiji, pukul lagi, masukkan gula, pukul lagi hingga naik, campurkan 1 senduk tepung dengan 3 senduk adunan telur tadi kacau hingga rata dan licin masukkan ke dalam acuan jangan penuh. bakar dengan api 210degree c. hingga brown.

07 December 2009
tudung scallop
dari sudut tepi
dari depan
kedut sikit lah sebab letak atas lantai
kalau pakai memang terletak elok, tapi xade model
nak acukan
dari pukul 1.30 pagi dok cari formula dia, pukul 2.30 pagi baru boleh potong dah siap memang cantik.jahit pula lambat sebab ada pleat, pukul 4.00 pagi baru siap satu, xpalah hari ni baru nak siapkan lagi 3.
06 December 2009
muffin lagi
lepas sembahyang subuh, terus je masuk dapur buat muffin.. semalam pi lah kelas memasak yang kaknab cakap tempoh hari tu rm30. rupanya, depa nak promosi tepung muffin dan lain2 tepung kat market, so depa buat lah kelas, buat muffin guna tepung premix lah, cuma tambah telur dengan minyak saja, ingat nak ajar basic muffin cake xbestlah camni, budak kecik pun tau buat, tapi dah pi, tengoklah, pastu beli tepung muffin. tepung ni memang elok, muffin merekah elok, 1 kilo dapat dalam 34 biji gitu, kalau nak berniaga boleh juga, xyah teruk2 bancuh adunan dia, simple and nice. wokay lah tu.
05 December 2009
lama tidak memancing
lama betul kaknab dan husband tidak pergi memancing, last sekali kaknab pi 4/11/09. maknanya dah sebulan xpi. sebab musim hujan, lagi pun baju jahit banyak, kaknab xboleh pi, so husband pun x syok lah kalau kaknab xikut, dia pun stop juga lah memancing, lagi pun bapa kaknab dok sakit lepas terjatuh, xboleh bangun mungkin pinggang dia cedera dan xboleh jalan, jadi w/end je kaknab kena pi tengok dia, umur dia dah 90, sian bapa. hanya berdoa supaya bapa akan sihat dan boleh berjalan semula. he's the best father I ever had, xpernah jentik pun kami adik beradik, xcenge (bengis) langsung, seingat kaknab, xpernah pun kena pukul,
03 December 2009
agar agar pandan
baru je buat agar agar pandan, lama dah xbuat agar agar ni, masa bulan posa dula rajin lah, lepas tu langsung xbuat, simple sangat agar agar ni, air 750 ml, santan 500 ml,gula 1 cawan 1/2 (kalau xnak manis kurangkan), pandan paste, kacau kacau set, siap. hehehe
02 December 2009
kelas memasak
kelmarin dulu pi kedai bahan bahan kuih, kat bm, kebetulan ada pula kelas memasak hari sabtu 5/12/09.
4 jenis, muffin, cheese cake dan 2 jenis roti, rm30/= so husband kaknab terus je bayar yurannya , hari tu nanti jiran kaknab ada kenduri kahwin, kaknab memang nak jadi mentara, dah nak attend kelas masak, xdapat lah nak merewang nanti, sian pula jiran kaknab tu. apa boleh buat, yuran dah pun dibayar, nanti bila kaknab pi, dah pandai boleh lah kongsi kongsi ye.
kuih kosui
kaknab dari dulu lagi memang suka kuih kosui, sebab lama dah xbuat, so hari ni, kaknab buat boleh juga makan petang, tapi anak anak xberapa gemarlah kuih ni, jadi husband dengan kaknab je yang makan, dah buat satu loyang, tentu lah xhabis kalau 2 orang saja yang makan, lepas maghrib, kaknab dengar suara budak2 yang balik sembahyang dari surau, riuh rendah kat sebelah rumah kaknab, so kaknab bawa sepinggan bagi depa makan, haa sekejap saja clear sepinggan, lega kalau tidak xhabislah kuih kosui ku.
bahan bahannya
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
kelapa parut
2 cambesar air kapur
sedikit garam
masak gula merah dan gula pasir hingga larut, sejukkan.
bila air gula dah sejuk bancuh dengan tepung hingga sebati, masukkan ke dalam loyang, letak di atas api yang sederhana, kacau dulu hingga adunan pekat sedikit, sebab kalau xkacau adunan ini nanti keras di bawah, bila dah sedikit pekat baru kukus sehingga masak, bila dah sejuk potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur garam.
01 December 2009
kisah namakan anak anak kaknab
anak kaknab 5 orang semuanya. kaknab namakan mereka seperti berikut
dzulhaidzam zainal
dzailyherdawati zainal
amiruddin zainal
ellyherny zainal
amirul zainal
alkisah apabila kaknab dengan suami mencari cari nama anak, yang sulung kaknab namakan dzulhaidzam, kerana nama kaknab zainab, dan nama husband kaknab pula zainal, abjad terakhir, sentiasa tercorot kebelakang, sekiranya ada apa aktiviti mengikut abjad, dah serik, kaknab masih ingat lagi, masa kaknab ambik ujian lisan masa form five, nama kaknab zainab rejab, kenalah tunggu last sekali, abis kawan kawan balik sebab nama mereka dipanggil dulu, sian kaknab kenalah balik sendiri naik bas, kawan2 semua dah balik, begitu juga nama husband, zainal, pun abjad terakhir. jadi tercipta lah nama mula dengan "dz" tapi bila di sebut masih dengan bunyi "z". adiknya pun bermula dengan dz juga, nak bagi sama konon hehehe.
tetapi masuk anak yang ke3. pada hari kaknab sakit nak bersalin, ketika dalam labour room, setelah melahirkan anak lelaki, tiba tiba, entah kenapa pada masa tu, misi nak nama on the spot, sebelum ni boleh balik rumah dulu dan cari nama yang glamer glamer, suami kaknab yang menunggu kaknab diluar, apabila meminta nama anak, sepontan je dia namakan Amiruddin. nama yang tidak dirancang. hilang "dz" jadi "A"
anak yang ke empat, perempuan, konon nak bagi sama dengan kakaknya, apabila di panggil "herda" jadi kaknab namakan Ellyaherny, dipendekkan "herny" sama kan.
apabila terlahir anak kaknab yang bongsu, suami dah malas nak cari nama yang panjang-panjang, kali ni diberi peluang seminggu untuk mendapatkan nama anak, tapi suami namakan Amirul sahaja. pendek dan senang di sebut, nak tulis pun senang, masa tu dekat wad ramai lah baby lelaki dinamakan mula dengan Amirul..... tapi di tambah lagi bertambah glemer apabila disebut, cuma anak kaknab saja nama Amirul, bila misi tanya Amirul apa, kaknab kata Amirul saja, nasib baik dia xtulis Amirul Saja hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...