ads

11 December 2009

BENGKANG GANDUNM @ KUEH BAKAR

orang penang panggil bengkang gandum tapi orang selatan panggil kueh bakar, ini ada cerita tentang kueh ni, masa kaknab mula mula kahwin dulu, balik rumah mil, dia cakap "nab nanti kita buat kueh bakar". dalam hati kaknab dok ingat kueh bangkit, so pi cakap kat husband mak nak buat kueh bangkit, dia kata, betul ke, tahu ke dia buat, kaknab kata mestilah dia tahu sebab tu dia nak buat. so kaknab pun tengok dia bancuh tepung, eh, awat tepung dia cair pula, mak kaknab buat kueh bangkit lain, bila dah siap dia pun bakar, oooh rupanya bengkang gandum, mati mati aku ingat kueh bangkit. hehehe

                               ni lah bengkang kaknab.dah siap dibakar

di potong untuk hidangan

resepi dia simple sangat

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurang kau xmau manis sangat)
2 cawan santan
1 cawan air daun pandan
sedikit garam
2 biji telur

bancuh semua bahan di atas, kaknab blend saja semua, tapis dan terus bakar. dengan menggunakan periuk bengkang dengan api yang perlahan, selama 1 jam 20 minit. api jangan kuat sangat nanti cepat hangit dan berkerak.

No comments:

Post a Comment