01 December 2009

kisah namakan anak anak kaknab

anak kaknab 5 orang semuanya. kaknab namakan mereka seperti berikut

dzulhaidzam zainal
dzailyherdawati zainal
amiruddin zainal
ellyherny zainal
amirul zainal

alkisah apabila kaknab dengan suami mencari cari nama anak, yang sulung kaknab namakan dzulhaidzam, kerana nama kaknab zainab, dan nama husband kaknab pula zainal, abjad terakhir, sentiasa tercorot kebelakang, sekiranya ada apa aktiviti mengikut abjad, dah serik, kaknab masih ingat lagi, masa kaknab ambik ujian lisan masa form five, nama kaknab zainab rejab, kenalah tunggu last sekali, abis kawan kawan balik sebab nama mereka dipanggil dulu, sian kaknab kenalah balik sendiri naik bas, kawan2 semua dah balik, begitu juga nama husband, zainal, pun abjad terakhir. jadi tercipta lah nama mula dengan "dz" tapi bila di sebut masih dengan bunyi "z". adiknya pun bermula dengan dz juga, nak bagi sama konon hehehe.
tetapi masuk anak yang ke3. pada hari kaknab sakit nak bersalin, ketika dalam labour room, setelah melahirkan anak lelaki, tiba tiba, entah kenapa pada masa tu, misi nak nama on the spot, sebelum ni boleh balik rumah dulu dan cari nama yang glamer glamer, suami kaknab yang menunggu kaknab diluar, apabila meminta nama anak, sepontan je dia namakan Amiruddin. nama yang tidak dirancang. hilang "dz" jadi "A"
anak yang ke empat, perempuan, konon nak bagi sama dengan kakaknya, apabila di panggil "herda" jadi kaknab namakan Ellyaherny, dipendekkan "herny" sama kan.
apabila terlahir anak kaknab yang bongsu, suami dah malas nak cari nama yang panjang-panjang, kali ni diberi peluang seminggu untuk mendapatkan nama anak, tapi suami namakan Amirul sahaja. pendek dan senang di sebut, nak tulis pun senang, masa tu dekat wad ramai lah baby lelaki dinamakan mula dengan Amirul..... tapi di tambah lagi bertambah glemer apabila disebut, cuma anak kaknab saja nama Amirul, bila misi tanya Amirul apa, kaknab kata Amirul saja, nasib baik dia xtulis Amirul Saja hehehe

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak