ads

12 December 2009

bun raisin



salam semua, kaknab ni memang xberapa pandai buat roti, inilah kali kedua kaknab buat roti bun, kali pertama, keras penyet, kaknab ingat  xyah uli teruk teruk sebab dah ada yeast, uli sekejap sampai adunan sebati peram sekejap pastu bakar, haa ambik habuan hang roti xnaik hahaha. so malam ni buat lagi sekali bun raisin atau bun kismis, tadi pi beli tepung roti, bread improver, bread softener, tengok cam mana roti kaknab malam ni. suspense, ni ialah gambar roti yang di perap sekejap belum bakar lagi



 
roti dah di bakar, amboi naik melembong


                                      texture yang lembut dan gebu.


jom tengok resepi

700 gm tepung roti
100 gula halus
11 gm instant yeast
sedikit garam
sebiji telur
70 gm butter atau minyak jagung
35 ml susu cair
1/2 camteh bread imrover
1/2 camteh bread softener
air 350 ml - tuang sikit sikit dulu takut terlajak nanti lembik

1. gaulkan yeast dengan tepung, kemudian, masukkan gula, telor, garam, susu cair bread improver dansoftener, masukkan air sedikit demi sedikit  uli hingga kental,

2. masukkan butter uli lagi biar adunan betul betul lembut, uli selama 15 minit, kemudian perap dalam mangkuk dengan menutup dengan tuala basah selama 20 minit. bila dah naik, tumbuk tumbuk bagi angin keluar, kemudian bulat kan seberat 60 gm, atus ke dalam loyang, simpan dulu selama 20 minit -3 0 minit biar bola bola tu double size, kemudian bakar api 190c selama 10=15 atau kekuningan. siap boleh makan

No comments:

Post a Comment