ads

02 December 2009

kuih kosui



kaknab dari dulu lagi memang suka kuih kosui, sebab lama dah xbuat, so hari ni, kaknab buat boleh juga makan petang, tapi anak anak xberapa gemarlah kuih ni, jadi husband dengan kaknab je yang makan, dah  buat satu loyang, tentu lah xhabis kalau 2 orang saja yang makan, lepas maghrib, kaknab dengar suara budak2 yang balik sembahyang dari surau, riuh rendah kat sebelah rumah kaknab, so kaknab bawa sepinggan bagi depa makan, haa sekejap saja clear sepinggan, lega kalau tidak xhabislah kuih kosui ku.

bahan bahannya

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
kelapa parut
2 cambesar air kapur
sedikit garam

masak gula merah dan gula pasir hingga larut, sejukkan.
bila air gula dah sejuk bancuh dengan tepung hingga sebati, masukkan ke dalam loyang, letak di atas api yang sederhana, kacau dulu hingga adunan pekat sedikit, sebab kalau xkacau adunan ini nanti keras di bawah, bila dah sedikit pekat baru kukus sehingga masak, bila dah sejuk potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur garam.

No comments:

Post a Comment