17 December 2009

muffin kelapa



selalu buat muffin guna tepung premix, iaitu tepung yang dah dicampur,kita cuma masukkan telur dan minyak je, so hari ni try buat adunan sendiri, main try try kalau jadi best, kalau xjadi bagi kat cikpah(tong sampah) je, bila dah siap, amboi merekah eloklah muffin kaknab, kira okay lah kalau nak buat jual pun xbanyak modal, kalau beli tepung muffin premix agak mahal juga.

bahan bahannya:

200 gm  tepung naik sendiri
200 gm tepung gandum
250 ml minyak jagung
250 gm gula halus
1/2 sudu teh garam halus
2 cambesar susu tepung (campurkan dengan 6 camca air)
25 gm dessicated coconut
essence vanilla
5 biji telur

cara caranya: - telur, gula dan minyak dipukul hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, garam, pukul lagi, kelapa kering, masukkan susu tepung, kacau hingga adunan licin. kemudian pipe kan ke dalam acuan, jangan bubuh penuh sangat agak agak 3/4 penuh je, bakar dengan api 190 selama 25 minit.

No comments:

Post a Comment

lagi gambar raya 2024