ads

14 December 2012

pajeri nanas

Ini ialah masakan favourite kaknab, kalau ada gulai pajeri, makan nasi 2 pinggan lah jawapmya.
kalau ada pajeri kena gu dengan sayur lemak terung. ikan gelama masam, ulam2. puuuuuh sedapmya,
Ini ialah salah satu dari menu makan tengahari hari ini.

pajeri nanas

1 biji nanas kecil (dipotong bulat anggaran 1/2 inci lebar)
rempah kari daging 4 sudu besar
santan rm1
bawang kecil 10 ulas)
bawang besar 1 labu)
bawang putih 4 ulas) (semua dimayang_)
halia 1 inci (poyong memanjang)
kerisek 2 cambesar
minyak masak
garam
sedikit gula merah atau gula melaka
gula putih 2 cambesar
1 kuntum bunga cengkih,
3 bunga lawang
kulit kayu manis


panaskan minyak tumiskan bawang putih,bawang besar, bawang kecil halia. kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih/ biar ia garing dan wangi, masukkan rempah daging yang sudah dibancuh dengan air.  masak hingga rempah kari itu pecah minyak, masukkan kerisek, nanas, garam, gula melaka, kacau sekejap hingga nanas agak layu masukkan santan, biar ia mendidih, masukkan gula putih. biar ia mendidih lagi, biar agak sedikit pekat, boleh lah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment