ads

14 December 2012

TAWAF HAJI DAN SAIE HAJI - 1/11/12

Hari ini kami buat tawaf haji dan saie haji, untuk melengkapkan 2 lagi rukun haji. Walaupun kami dah balik ke mekah 29/10/12. kami tak buat tawaf haji dan saie haji lagi, sebab pertama nak berehat dulu, kedua, orang ramai terlalu sesak kerana masing2 nak selesaikan rukun haji. ada yang buat tawaf dan saie haji, pada 10 dzulhijjah lagi selepas melontar jamrah kubro terus balik ke mekah dan buat tawaf dan saie. tapi kaknab semua tunggu hingga selesai nafal akhir, iaitu selesai melontar hingga 13 zulhijjah,  Itu pun ramai jemaah seluruh dunia semua buat tawaf dan haji saie.

Selepas subuh, kaknab dan emak, turun di lobby menunggu seorang indonesia, untuk menolak mak kaknab dengan kerusi roda. Dia janji dengan kaknab pukul 6.30 pagi. tapi datang pukul 7.00 pagi. Dia menyarankan kaknab supaya jangan ikut dia, sebab dia akan membawa mak kaknab ke tingkat atas, agak jauh, dan dia membawa dengan laju, kaknab mungkin tidak dapat mengejarnya, nanti, jadi kaknab pun buat tawaf dan saie haji di bawah, seorang diri. Orang penuh sesak, kaknab bertawaf lebih kurang 45 minit sebab pusingan agak jauh sikit dari kaabah, selesai tawaf, kaknab pi buat saie pula. Selesai tawaf dan saie dalam pukul 9.30 pagi, kaknab balik ke hotel, orang indonesia yang menolak kaknab sudah ada di depan hotel, dia cakap mak kaknab sudah naik ke bilik, dibawa oleh kawan kaknab, lalu kaknab bayar 350 riyal sebagai upah tolak mak kaknab. 

saie 

begini ramainya jemaah bertawaf hari ini
Hari ini juga ada seorang jemaah lelaki dari tingkat kami iaitu tingkat 11 selang dari 1 pintu dari bilik kaknab , telah meninggal dunia, pak cik tu jemaah dari perlis, dia dah buat tawaf tapi belum buat saie, sepatutnya nak buat hari ini, kawan2 sebiliknya, nak kejutkan dia yang sedang tidur, nak ajak makan, dan p sembahyang zohor terus nak buat saie, tapi dia di dapati sudah meninggal dunia. Memang bertuah pak cik tu meninggal di Mekah, di tanah haram.
i

No comments:

Post a Comment