12 December 2012

Hari terakhir melontar jamrah 13 dzulhijjah bersamaan 26/10/11

Hari ini kami melontar pada hari yang ke 13 dzulhijjah, bersamaan 29/10/12 iaitu hari terrakhir, Kami semua pergi melontar pagi, kerana selepas solat zohor, kami semua akan berangkat semula ke mekah. Orang ramai penuh sesak dalam terowong menuju ke jamrah, namun, terowong yang luas masih ada ruang untuk kita berjalan kaki. Macam2 kisah lucu yang dapat kita saksikan, ada seorang makcik dari malaysia, ditolak dengan tong sampah yang beroda, tong sampah tu kan tinggi, cuma nampak kepala makcik tu saja, macam kura2 hahaha. barangkali makcik tu terlalu letih tak dapat berjalan, mereka cari alternatif lain iaitu tolak dengan tong sampah, mula2 kaknab nak snap gambar, tapi takut pula orang marah, bukan boleh ambil suka2 saja takut orang tak izinkan. kalau tidak boleh lah kaknab upload disini, sayang tak ada gambar.

Penghujung terowong, dekat nak sampai khemah, ada orang jual aiscream, pakat kerurmun berhenti beli la pula termasuk kaknab dan kawan kaknab rasuna, harga ice cream 2 riyal, sedap pula tu. Berjalan menuju ke khemah, sambil mencuci mata ramai geng2 obama berniaga bermacam2, di sana, yang berrkulit hitam depa panggil obama, tapi kami panggil semua mohamad sebab tak tahu nama depa. Balik ke khemah, makan nasi, solat zohor, mula lah mengemas beg2 untuk beragkat ke mekah. selesai packing, kami menunggu untuk keluar dari khemah, apabila no. bas dipanggil, Di arafah, mudzalifah, bas no. 1 yang akan berrangkat, tapi di mina hendak ke mekah, bas kami yang no. 1 yang terakhir pula. bagi peluang kat orang lain sampai dulu, asyik2 kami yang sampai dulu, kali ni lambat sikit yang sampai.

Sampai masa semua bas no. 1 pun penuh di isi, tapi lamanya tunggu di atas bas, tak jalan2, kenapa pula ni, Hampir setengah jam menunggu, akhirnya, pukul 3.00 ptg baru bas berjalan, rupanya, tak ada driver, driver yang sepatut nya bawa bas kami tak muncul. driver yang akan membawa bas kami dari Algeria, kata pakcik yang di atas bas, harap2 jangan sesat lah, tapi ada satu budak kulit hitam yang menjadi guide driver bas tu, Jalan jam sana sini,Mina dengan Mekah cuma 7 km saja, tapi sbb kesesakan jalan, driver mengambil masa 3 jam untuk sampai ke mekah, sepanjang jalan asyik bunyi hon, pon pon pon, masing2 nak laju. Pukul 6.00 ptg kami pun sampai di hotel dengan selamat, driver bas sentiasa senyum cukup baik, wpun dia tak minta tips tapi sebab baik ada sorang haji kutip sorang 1 atau 2 riyal tanda terima kasih kepada driver itu, ada yang baik hati bagi rm5 pula. Kalau driver baik diberi dengan ikhlas wpun tak diminta, tapi kalau driver buat hal, minta yang bukan2 mulalah orang merungut dan berri pun tak ikhlas.

Nasib kami baik dapat driver yang baik, menurut cerita, ada yang naik bas sebelum kami, driver buat hal, tak mau buka aircon. panaslah semua penumpang atas bas, sampai ada yang pening2. yang lagi satu bas cakap bas dia tayar nak pancit, bagi 1 riyal tak nak, nak sekurang2 5 riyal, yang lagi satu lagi teruk, tak mau hantar jemaah depan hotel dia lepas semua kat simpang saja, kena berjalan menuju ke hotel dengan beg2 yang beranak pula, pergi 1 balik 3 beg hehehe. Yang kesian yang agak berumur, dengan beg lagi tentu penat, Jahat betul driver bas tu.

Jam besar di mekah, boleh nampak dari jamrah. gambar diambil selepas melontar

kawan sebilik

khemah ni dekat je dengan jamrah, pakej yang mahal kut

rasuna , dibelakangnya menuju masuk jamrah 5 tingkat

chewah, kaknab la ni, tengah panas pun nak bergambar

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak