ads

12 December 2012

Masih ku ingat lagi


Ini lah rupanya telex tape. bahkan kaknab belajar buat ketupat nasi pun menggunakan tape ini, tapi tape kosonglah yang belum di punch.
masa kaknab bekerja kat boustead shipping dari 1978-1992 kaknab buat telex. masa ni taip memang laju 80 p.s.m. sebelum ada email semua communication melalui telex, boleh hantar message terus ke machine telex. tape digunakan untuk mempercepatkan penghantaran, taip dulu message tape akan di punch, kemudian hantar message dengan menggunakan tape ni, cepat jimat cos, kalau nak taip memang lambatlah. beginilah rupa tapenya, dulu kaknab memang boleh baca tape ni, kalau type salah, nak rerun tape tu memang lah lambat, so nak bagi cepat, kaknab cut and join tape tu dengan menggunakan uhu gum. bila semua dah edit dan pasti xdak error baru lah run tape tu, so the other side tempat yang kita nak hantar akan dapat message. telex message ni panjang panjang, kadang2 sampai 10 pages. tahun 1993 email dah diguna dengan meluas, so telex tidak digunakan lagi, masing2 hantar msg melalui email dengan pc sendiri, tahun 1993 hingga 1998 kaknab buat account

Ini pula telex tape yang sudah di punch, kaknab ambik dari internet, cuma gambar kecil tak boleh besarkan nanti blur.



Ini lah telex machine, besar, tapi taip  memang cepat.



Semua hanya tinggal kenangan

No comments:

Post a Comment