ads

28 August 2009

cream puff kaknab

cemuih sangat dok jait baju melayu minggu ni, sampai naik binau mata, masuk dapur timbang semua bahan2 terus buat cream puff. kalau nak tau cream puff ni kaknab buat masa sekolah lagi kira dah 38 taun xbuat, masa tu kaknab ambik cookery, pastu terus ghaib langsung xbuat dah . kira trial and error lah jadi jadi xjadi pun xpa lah sebab dah xberapa nak pass lagi. tau tau amboi mak jadi elok laaaaaah, kira okaylah tu. jum tengok bahan bahan yang kaknab perlukan.
250 ml air atau 1 cup
150 gm butter atau 1/2 cup
125 gm tepung atau 1 cup
4 biji telur grade A
1 teasp gula
1/2 teasp garam
buka oven 205 c untuk menghangatkannya.
masukkan butter ke dalam periuk (boleh masak direct ke atas api atau pun masak secara double boiler), di sini kaknab guna double boiler, masak hingga butter cair, perlahankan api, kemudian masukkan tepung, kacau dengan cepat hingga adunan masak dan tidak melekat di periuk
angkat adunan tadi, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul hingga adunan tadi smooth dan kental. scoop dengan sudu dan bakar, kalau ada kertas pipe lagi baik dia akan jatuh bulat bulat gitu. tapi kaknab xdak kertas pipe so kaknab guna sudu je lah. kemudian bakar selama 15 minute dengan api 205c kemudian kecilkan api ke 175 c selama  25 minute lagi.. apabila cream light brown angkat dan sejukkan. bila dah sejuk bubuh inti custard.
custad filing
3 telur kuning
200 gm sugar (tidak sampai 2 cawan) - di sini kaknab guna 1 cawan je, sebab kaknab guna susu pekat manis, takut custard ni terlebih manis. kalau guna susu biasa bolehlah guna 200 gm sugar.
750 cc susu (anggaran 3 cawan) - kaknab guna 1 cawan susu pekat manis dengan 2 cawan air.
20 gm tepung (1 1/2 camb)
20 gm tepung jagung (1 1/2 camb)
1/2 tsp vanilla.
pukul telur kuning dengan gula, kemudian masukkan susu kacau lagi hingga sebati, baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan vanilla kacau hingga better tu betul2 smooth dan tidak berketul. masak adunan ini di atas api yang perlahan hingga pekat. bila dah sejuk mauskkan ke dalam cream puff.

2 comments:

  1. tak makan lah kueh manis2 ni... takut kencing manis la..

    ReplyDelete
  2. faz nak tau bapa kaknab paling suka makan manis manis sampai la ni umor dia 90 xade kencing manis pun, makan gula bagi tenaga kat badan kita, itu pendapat doktor zainab hehehehe

    ReplyDelete