salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
15 August 2009
pound cake
boring sangat menjahit, kaknab luangkan masa memasak kek pound. kek ni ialah kek yang mula-mula sekali kaknab buat di sekolah semasa kaknab ambik kelas masakan pada tahun 1970 masa tu kaknab form 1. dulu ukuran semua dalam ounce dan pound xguna metric system lagi dan xlah guna tepung kek, tapi kaknab modified semua dalam metric system dan guna tepung kek. aiseh men modenkan kah kah kah kah
ingat lagi masa tu semua bahan kami xpayah bawa semua ambil kat sekolah, oleh kerana tamak nak kek yang besar dan banyak sikit, semua kami boh extra kalau ukuran 4 oz kami bubuh 8 oz pendek kata semuanya double. last last sekali kek kami jadi besar tentulah lambat nak masak kalau 4 period pun xcukup. kah kah semua nya nostalgia belaka.
hari ni ni kaknab guna semua dalam metric system, jom tengok
320 tepung kek naik sendiri
1 camteh baking powder) (diayak sekali sebanyak 3 kali)
250 gm butter
220 gm caster sugar
4 biji telor
1 cambesar serbuk cocoa
sedikit kulit limau sunkist diparut
1 cam besar air limau sunkist
2 cambesar susu (kaknab guna susu cair)
pukul butter dengan gula hingga creamy and fluffy, masukkan telor sebiji demi sebiji, kacau lagi, kemudian masukkan susu cair, parutan kulit limau, dan air limau.
bila dah semua creamy and fluffy baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.
bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian dibubuh serbuk cocoa. masukkan kedalam acuan dan bakar dengan api 180c selama 40 minit. siap dah pound cake. oklah tu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment