salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
16 August 2009
pulut sekaya
hari ni kaknab masak pulut sekaya untuk makan petang nanti.
pulut ni adalah kaknab punya favourite since kecik lagi. pulut sekaya dan serimuka xsama, serimuka kita kukus bersama kepalanya, tapi pulut sekaya kita kukus berasingan kalau nak makan letak je sekaya di atasnya, macam dalam gambar. inilah resepi kalau nak cuba
3 cawan beras pulut direndam selama 2 jam.
1/2 cawan santan pekat
garam sedikit
untuk sekaya
3 biji telor
1 cawan santan
3/4 cawan gula
1/2 cawan air daun pandan
kukus pulut hingga masak. angkat dan gaulkan dengan santan pekat. kemudian kukus semula sekejap je selama 5 minute atau 10 minute supaya santan masak dan pulut boleh tahan lama sikit.
telur santan gula dan air daun pandan diblender sekali. kemudian masukkan kedalam bekas dan kukus. bila dah masak cedok dan letak atas pulut semasa nak makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment