08 August 2009

kari ikan sembilang


salam semua, hari ni kaknab masak kari ikang sembilang, ikan sembilang yang abang pancing malam tadi. kaknab kalau masak kari mestilah rempah home made, buat sendiri rempahnya, barulah umph, sedap dan wangi, sebab fresh, kami orang penang kalau masak kari bawang mestilah lebih, baru lah kari tu sedap hingga menjilat jari. jom kita tengok apa yang kaknab guna untuk resepi kari ni.

2 ekor sembilang

bahan A
untuk dimesin atau digiling

10 biji cili kering
2 camca besar ketumbar biji (rendam dulu dengan air panas)
1 camca teh jintan putih(rendam juga dengan air panas)
1 camteh penuh kas kas (kaknab guna yang serbuk punya) boleh dibeli dikedai mamak
1 inci kunyit hidup
secubit sajira (jangan boh banyak sebab bau dia kuat sikit, lagi pun dia mahal, sikit je dah cukup)

note: campurkan sedikit minyak masak ke dalam blender supaya cepat halus.
--------

bawang besar 5 labu (3 diblender dengan bawan putih, 2 lagi di potong bulat untuk dimasukkan bersama bendi dan ikan nanti.
25 ulas bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih(diblender dgn bawang besar)
1 cawan air asam jawa
2 mangkok air
rm1.00 santan segar
12 biji bendi,
3 biji tomato (sebiji, dipotong dadu, dua lagi di belah 4)
sedikit daun kari
garam
1 pokok daun bawang - dipotong anggaran 1 inci atau lebih sikit.
4 biji cabai hijau (2 ditumis awal, 2 lagi dimasukkan bersama bendi dan ikan)
minyak untuk menumis
cara-caranya

panaskan minyak, tumiskan bawang kecil yang sudah dimayang hingga kuning dan wangi, kemudian masukan bawang besar dan bawang putih yang sudah dimesin tadi, masak sampai kering airnya dan wangi baunya. masukan tomato yang dipotong dadu, dan 2 biji cabai hijau dan daun kari masak hingga wangi baru masukkan bahan A. masak lagi sampai pecah minyak dan wangi, masukkan air asam jawa, kemudian baru masukkan santan. bila gulai dah mendidih baru masukkan bendi, biar bendi agak layu sikit baru masukkan ikan, tomato, cabai hijau yang 2 biji lagi, dan bawang besar yang dipotong bulat, bila ikan dah masak dan bendi dah lembut, perlahankan api supaya kuah pecah minyak. jangan lupa boh garam. akhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dipotoh tadi.

oleh kerana banyak menggunakan bawang xperlu lagi boh aji nomoto. masakan kaknab semua xade ajinomoto.

oklah inilah kari pure orang penang. cubalah

8 comments:

  1. mancing kat mana? teluk kumbar?

    ada lagi tak tempat sembilang,


    sedapnye, ni memang ikan kegemaran faz ni MAK!! hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha, kat depan tesco pun ada sembilang, la ni kaknab dapat port baru pula kat r&r bagan ajam, tapi kaknab belum pi lagi, tengok lah hari jumaat ni bolehlah pi, semalam kaknab pi survey tengok orang mancing sorang tarik sembilang, mesti banyak sembilang, tempat dia pun strategic, ada parking, ada makan

    ReplyDelete
  3. ooo kat R&R tu saya selalu pegi, tapi kekadang susah gak nak mancing, org ramai. sembilang tak pernah dapat lagi kat situ, maybe area2 depan sket byk kut, tapi kat kawasan rehat tu, macam ramai sgt org.duk naik gelama je.

    cuba pegi area depan sket dari r&r tu.

    ReplyDelete
  4. yekah faz, kalau ada sembilang barulah umph, sembilang sentap tu yang best tu, gelama, duri alah boring lah,

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. kalau camtu xjadilah pi kat r&r, nanti kaknab and family nak pi kat telok bahang, kalau ada port yang best kaknab habaq kat faz okay

    ReplyDelete
  8. boleh try, tapi jgn duk dekat2 ngan r&r tu, pi depan sket dari r&r, ada nampak org mancing2 , try la situ

    ReplyDelete

buat live di tik tok