ads

21 August 2009

masa lemak siput sedut dengan keledek

hari ni kaknab masak lemak siput sedut dengan keledek. keledek buat kuah lebih manis dan pekat.

600 gm siput sedut (potong hujungnya)
rm2 santan segar
sehelai daun kunyit
garam
1 biji keledek sederhana besar (potong nipis nipis)

bahan untuk dimesin

4 biji cabai merah
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 inci kunyit hidup

panaskan minyak, tumis bahan mesin. biar hingga garing. masukkan keledek, biar keledek empuk, kemudian baru masukkan santan, setelah santan mendidih baru masukkan siput sedut, daun kunyit dan garam. masak hingga siput betul2 masak

1 comment: