ads

11 August 2009

menu hari ni


tadi pi market, ikan mahai nak mampuih, mahai xpalah, ni xdak pula. so kaknab hari ni punya menu xada ikan. masak nasi tomato, dalca dan ayam 4 rasa. jom kita tengok.
nasi tomato
beras 1 kilo
1 cawan tomato sup heinz
1 cawan susu cair
1 camteh serbuk jintan manis
1 camteh serbuk jintan putih
1 camteh serbuk kas kas
2 cambesar minyak sapi (kaknab guna butter)
1 camca besar rempah briani
1 camca besar minyak masak
garam
1 batang serai
daun pandan
air ikut sukatan beras
penumis 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
bahan untuk di mesin
10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
4 biji badam
4 biji gajus
1 inci halia
1 inci kunit hidup (boleh guna serbuk, untuk mencantikan nasi)

caranya

basuh beras dan toskan.
panaskan minyak masukkan daun pandan dan serai (diketuk), bahan yang dimesin,
masak hingga wangi, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, kas kas dan 4 sekawan.
masak hingga garing, kemudian masukkan tomato sup, biar 5 minit baru masukkan susu cair, garam biar ia mendidih baru masukkan air. sukatan air mestilah agak2 supaya tidak terlalus keras dan lembik nasi nanti. bila dah mendidih baru masukkan beras.
bila nasi dah masak barulah kemburkan dan masukkan kismis atau bawang goreng
(kaknab xbubuh sebab xade stock hehehe) akhir sekali tabur daun pudina.

No comments:

Post a Comment