ads

07 August 2009

gulai ketam nenas tumis darat


salam semua, apa khabar, harap semua dalam baik baik belaka. hari ni kaknab masak gulai ketam dengan nenas tumis darat. Tumis darat ialah rebus semua kuahnya bila dah masak. berasingan, kita tumis bawang hingga garing dan masukkan saje kedalam kuah bersama2 minyaknya sekali, jom kongsi resepinya.

8 ekor ketam
2 bungkus rempah kari ketam dan udang (kaknab guna cap hang tuah), cap adabi dan cap tarbus pun ada dalam pasaran. bungkusan pek 25 gm.
300 gm santan pekat
2 gelas air, kalau nak cair lagi tambah air
1 biji nenas sederhana (dipotong 4 segi anggaran 2"x2")
20 ulas bawang kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 cqmcabesar kerisek

1. rempah, santan dan kerisek bersama air di jerang di atas api yang sederhana, bila dah mendidih, masukkan ketam, nenas, garam, biar semua nya masak tutupkan api Di dalam kuali lain, tumiskan bawang kecil dan bawang putih biar garing, masukan dengan minyaknya sekali di dalam kuahnya. siap sudah gulai ketam, simple dan cepat.

No comments:

Post a Comment