14 August 2009

masak lomak cili api ikan keli


tadi pi market beli ikan keli 3 ekor murah je rm3 je. yang best ikan keli ni memang fresh dok hidup hidup lagi masa pak cik tu siang. balik rumah, masak lomak cili api pun best juga. jum tengok resepi.


3 ekor ikan keli
cili api 15 biji kalau nak pedas boleh tambah lagi
bawang besar 1 labu
bawang putih 2 ulas
halia sikit (kalau masak ikan air tawar kaknab selalu boh halia, kalau xmau xpa aih)
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
10 biji belimbing buluh
santan segar rm2
3 biji limau kasturi ( ambil airnya, untuk perap ikan dan boh dalam kuah 1 cambesar)
garam
1 keping daun kunyit

ikan keli di bersih dengan asam keping supaya hilang lendirnya. kemudian perapkan dengan garam, kunyit dan air limau. perap selama 30 minute kemudian bakar, seeloknya di atas dapur arang, oleh kerana kaknab xade dapur arang so kaknab bakar dalam oven lah. bakar sampai garing.

bawang besar, bawang putih, kunyit, halia di tumbuk lumat.
panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi, masak hingga garing dan wangi.
kemudian masukkan santan tambahkan air kalau santan terlalu pekat. buka api perlahantakut kuah nanti meruap, kacau selalu, bila dah mendidih masukkan ikan keli, garam dan belimbing buluh. biar ia mendidih hingga ikan betul2 empuk, masukkan air limau kasturi 1 cambesar. that's all dah siap pun masak lomak ikan keli.

1 comment:

Ada beza tak